Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 10, 2011

Rintihan Warga Miskin Sarawak


Dari Kampung Sebako, Daro Sarawak
Nukilan Yahya Bakeri

Assalamualaikum wbt,

Semoga Allah swt selamatkan kita dari bencana dan bala.Saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan tentang sebuah kampung sudah wujud sejak sebelum merdeka. Hasil utama dari kampung Sebako ialah hasil laut dan pertanian seperti ikan obor-obor, udang dan lain-lain hasil laut.Hasil pertanian seperti padi dan kelapa sawit.

Saya sebenar taklah mahu apa dari blog ini cuma ingin sama-sama kita boleh simpati akan kedaifan kampun ini sejak sekian lama. Kampung Sebako ini terletak di bahagian Mukah dan di daerah Daro. Kampung ini lama ketinggalan berbanding kampung lain di Pulau Bruit yang mana pulau ini mempunyai sekitar 14-15 buah kampung. Kampung ini yang paling jauh ketinggalan dari segi apa sahaja kemudahan.

Saya sering kali mengeluh melihat kedaiffan warga kampung ini, boleh dikatakan seolah-olah dibiar begitu sahaja. Lihat sahaja di kampung-kapung lain di pulau Bruit, hampir semuanya mempunyai kemudahan sama elektrik atau air. Saya rasa negeri sarawak sangat kaya dengan hasil bumi yang sepatutnya sudah juga diberi untuk warga Sebako.


Dulu kampung ini dikenali Sebakau. Mungkin kampung ini punyai kayu bakau yang banyak. Warga Sebako rata-ratanya nelayan, sebab kedudukan kampung ini berada di tepi pantai. Bila di sebut kampung Sebako, mungkin banyak yang tidak mengenalinya. Bila sebut Sebako Paloh, barulah banyak yang kenal. Keindahan kampung banding kampung lain di pulau Bruit ialah, inilah satu-satunya di Pulau Bruit yang ada pantai yang indah.

Kami warga Sebako sudah terlalu lama hidup berbekalkan air hujan dari langit dan generitor sebagai punca bekalan elektrik. Mungkin saudara terkejut bila saya utarakan jika tiada hujan selama 2 minggu warga Sebako merintih tiada air. Cuba saudara rasakan jika tiada air hidup kita amat sukar.

Kekadang ada simpati datanglah bekalan air meneral percuma yang dibayar kos tambang sahaja 1liter 12 botol RM5 12botol. Itu jika ada duit bolehlah beli.Rata-rata penduduk adalah nelayan.Nelayan memang di ketahui umum adalah warga miskin di mana-mana di Malaysia. Amat jarang kita dengar mereka kaya. Jika air percumapun kena bayar kos tambang apalah nasib untuk mereka yang tiada duit.??????

Saya sedih bila penduduk terpaksa menggunakan generetor persendirian untuk bekalan elektrik yang sangat terhad. Jika dinilai kos untuk dapatkan bekalan ini jika sudah ada generitor sendiri yang di beli sekitar 2K-3K di bandar Sarikei dalam RM200-RM400 sebulan jika generitor dipasang jam 6petang sehingga jam 12malam.

Jika anda fikir anda bayar sebulan untuk bil elektrik dalam RM100 anda sudah mengeluh apakah penduduk Sebako yang bayar lebih mahal dari kita , kita anggap sudah kaya.Hakikatnya bukan semua yang mampu, banyak yang tak mampu dan malam bergelap dan siang kepanasan.Ramai yang mengeluh sampai bila begini?

Jumlah rumah di kampung Sebako 60-70 buah.Memang tak cukup untuk menyediakan bekalan air dan elektrik sebab tak menguntungkan. Jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain di pulau Bruit ini memang sangat tak berbaloi, sebab kosnya sangat mahal dan merugikan.Memangpun rugi sebab kita fikir untung.

Tapi jika kita fikir tentang tanggungjawab dan selogan "rakyat diutamakan" kita akan kata kasihan, menyedihkan, memilukan sudah 52tahun merdeka masih macam ni. Saya walau berada di luar kampung sedih bila memikirkan tentang kampung Sebako.Saya lama juga berada di Semenanjung Malaysia. Hampir semua tempat di Semenanjung ada kemudahan elektrik dan air, jika tidakpun ada jalan penghubung dari kampung ke pekan.
Emak ayah masih berada di kampung ini.Rindu kepada mereka sentiasa tersemat di jiwa walau ke mana sahaja berada. Ibu dan ayah cinta kasihku buat mereka tiada tandingan. Sayang kerinduan mereka hanya dapat diubat setahun sekali atau setahun dua kali.

Bukan tak mahu balik kampung tapi kos untuk balik bukan sedikit. Bot catar spetboat kuasa kuda 200 hendak ke kampung perlu dibayar RM350-RM400.Itu untuk balik kampung sahaja belum balik lagi ke bandar Sarikei tambah lagi RM350-RM400.Jadi kos yang perlu anda bayar untuk pergi balik dari bandar Sarikei RM700-RM800. Mujurlah ada Maju Betanak dapatlah jimat banyak bayar tambang dalam RM35-RM40.Pergi balik dalam RM70-RM80.Jika bawa anak ramai menangislah kawan bayar tambang.

Itupun jika Maju Betanak tak penuh.Maju Betanak bot laju Berkuasa kuda 200+200.Lajukan tapi harga tambangnya nak cekek darah. Perjalanan sekitar 1jam 30minit. Saya pernah pergi dari Sibu ke Oya mengambil masa 2 jam 30 minit tapi bayaran cuma RM25 sahaja.Pelikkan mereka berulang dalam sehari 2kali tapi tak diketahui oleh pihak berkuasa. Mereka mengenakan bayaran membebankan.

Saya suka mereka buat perkhidmatan ini untuk kemudahan kami.Tapi biarlah berpatutan dan dipantau oleh pihak berkuasa laut dan sungai Sarawak.Ada jaminan keselamatan.Ni tak tahulah.Boleh lihat sendiri di wap 1 Bahagian Sarikei Sarawak.

Saya sangat suka jika kita berkongsi maklumat. Saya suka jika kita berusaha bersama antara pemimpin dan rakyat. Pemimpin di pilih rakyat dan berkhidmat untuk rakyat.Bukan sebaliknya, rakyat berkhidmat untuk pemimpin.Kita memegang amanah dan tanggungjawab.Jagailah amanah itu agar tidak dilemparkan oleh Allah swt dalam neraka asbab sikap kita yang diberi amanah mengabaikannya.Selogan kita "Rakyat didahulukan, pretasi diutamakan".

Di sini saya mencadangkan agar penduduk Sebako diberikan kemudahan jalan untuk menghubungkannya dengan kampung lain yang punya bekalan air dan elektrik dan kemudahan pengangkutan ekspres seperti Kampung Sai' atau Smoop atau Sedi. Antara kampung terdekat ialah kampung Sedi atau Sai'.

Jika guna bot laju perjalanan cuma ambil masa 5 minit. Jika guna jalan darat lagi laju mungkin 2 - 3 minit sahaja. Dengan kemudahan jalan dibuat dahulu kemudahan lain akan lebih cepat, sebab akan menjimatkan kos pembinaan dan bekalan binaan akan dibawa melalui jalan darat.

Selain itu jika tiada bekalan minyak dan air penduduk boleh beli di kampung terdekat.Jadi kegiatan dan aktiviti penduduk akan lebih mudah. Hasil-hasil laut juga akan dapat dibawa ke bandar atau kampung lain, dapat juga nelayan kampung prolehi harga yang munasabah,inyAllah dapat hapuskan kemiskinan di sini.

Tambahan lagi memudahkan warga muda balik ke kampung dan tidak lagi bayar mahal untuk tambang.

Saya senyum lebar.....tapi bila?????ada jalan ni...???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular