Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 12, 2011

“Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka”.

Aksi Remaja Melayu Bercium Di Khalayak Umum - updated

Rakaman aksi remaja Melayu bercium di khalayak ramai ini amat menjelekkan.

Ia bukan saja petanda jelas betapa gawatnya akhlak remaja Melayu beragama Islam dewasa ini malah ia juga adalah fenomena keruntuhan agama dan budaya yang berlaku disebabkan oleh sistem yang rosak yang dibiarkan melanda kehidupan rakyat.

Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.

Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya melalui hadith Rasulullah saw iaitu “Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular