Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 30, 2011

PRK DUN TENANG - LIVE UPDATE 13:00 30/01/2011

Lapuran Penuh di (SINI)


1.00 petang: Penganalisa trend pilihanraya bebas, Zentrum Future Studies memaklumkan BN kini berada di hadapan dengan kepercayaan politik sebanyak 59.5 peratus dan PAS-PR pula memperolehi 40.5 peratus setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, trak dan kenderaan askar dilihat membantu mangsa banjir di Lembah Bakti dan di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tadi sudah mencapai 70.8 peratus.
12.35 petang: Sehingga jam 12 tengah hari, menurut SPR, jumlah keluar mengundi ialah seramai 7219 orang atau 48.93 peratus (hampir separuh).
12.30 petang: Peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari tadi masih pada tahap rendah. Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam Twitternya menggesa tindakan dilakukan oleh kaum keluarga di Pekan Ayer Nenas dan Labis Tengah supaya keluar mengundi.
12.25 petang: Dilaporkan 4 bot JPA dibawa ke pekan Ayer Panas dan pengundi mengalami masalah ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin yang dinaiki air dengan pantas. Lalulintas sesak menghala ke Felda Chemplak.
12.20 petang: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz memaklumkan kesemua pusat pengundian ( 12 pusat) masih dibuka dan menjangkakan akan mencapai matlamat 80 peratus pengundi yang akan turun mengundi sehingga jam 5 petang ini.
Jalan Segamat-Labis berhampiran Felda Redong banjir dengan air setinggi 2 kaki di sepanjang jarak 150 meter. Pihak polis sedang dalam keadaan berjaga-jaga bagi menggunakan bot jika perlu.
12.00 tgh : Jabatan Pertahanan Awam dilaporkan telah dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir teruk di kawasan mereka.
Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.
11.35 pagi: SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama di mana mereka meletakkan kenderaan mereka di SMK Tenang Stesen.
Manakala, calon PAS, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian dan hanya mengatakan keadaan nampak positif setakat ini untuk peluangnya menang.
11.30 pagi: SPR memaklumkan jumlah keluar mengundi ialah 5,703 pengundi atau 38.66 peratus setakat jam 11 pagi tadi.
11.25 pagi : Beberapa jalan yang menuju ke bandar Labis Tengah menyaksikan air banjir semakin naik. Disebabkan keadaan ini, jalan raya menjadi sibuk dan pemandu-pemandu terperangkap.
11.00 pagi: SPR membuat kenyataan media melalui media televisyen bagi memaklumkan pilihanraya kecil Tenang masih berjalan bagi menangkis dakwaan adanya SMS di kalangan penduduk Tenang bahawa PRK ditangguhkan ekoran hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan.
10.52 pagi: Calon PAS Normala Sudirman tiba 15 minit lalu melawat tempat mengundi di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN dengan menjerit, “Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti. Penyokong Normala pula membalas dengan pekikan ’Rasuah’ dan ’Penipu lelong tanah’.
10.50 pagi: Hujan semakin teruk dan menurut pihak polis, beberapa jalan sepanjang jalan Labis-Segamat dan Taman Tenang Jaya sudah banjir. Sesetengah kawasan Felda juga dilaporkan tidak boleh dilalui kerana banjir.
10.40 pagi: SPR mengesahkan seramai 24.34% atau 3591 pengundi sudah mengundi setakat jam 10 pagi tadi
10.35 pagi: TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi dalam masa terdekat. Sementara itu, hujan semakin memburuk dan jalan-jalan di Felda Tenang semakin sibuk dan lalulintas terganggu.
10.30 pagi: Maklumat dalaman pengkaji trend pilihanraya Tenang memberitahu kemenangan BN mungkin tergugat jika hujan berterusan sehingga petang ini di kawasan pengundian di kawasan Melayu di Tenang terutamanya Felda terutamanya banjir dan jalan teruk akibat banjir. Pengundi Melayu sukar ke pusat pengundian.
Kawasan di bandar lebih baik yang tidak mengganggu pengundi Cina turun mengundi buat masa ini. Usaha-usaha membawa pengundi Melayu keluar mengundi sedang dirangka oleh jentera kempen BN. Bot-bot dilaporkan disediakan jika perlu.
10.20 pagi: Lebih ramai pengundi hadir dengan memakai kot hujan dan payung. Ada antara ‘peraih undi’ membantu pengundi dengan membawa payung dengan logo parti masing-masing.
10.15 pagi: Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk di beberapa kawasan ekoran air mula naik sehingga paras betis.
9.50 pagi: Penyokong PAS mengejek Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek di Kg Paya Merah ketika berjumpa dengan pengundi. Mereka meneriak ‘VCD, Barang Naik.’
9.40 pagi: SPR memaklumkan jumlah keluar mengundi setakat jam 9 pagi tadi selepas sejam dibuka ialah 1,576 orang atau 10.68%. Jumlah pengundi Tenang ialah 14,753 orang.
9.15 pagi: Beberapa kawasan di Kampung Redong dan Pekan Air Panas bakal dilanda banjir.
9.00 pagi : Calon PAS Normala Sudirman kelihatan tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong. Calon BN,  Mohd Azahar Ibrahim tiba di pusat mengundi di Kampung Paya Merah untuk mengundi. Azahar bersama dengan neneknya yang berusia 95 tahun membuang undi. Azahar disambut dengan pekikan ‘Jangan Lelong Tanah Saya’
8.30 pagi : Hujan lebat bermula sejak awal pagi tadi dijangka akan menyebabkan beberapa tempat akan berlakunya banjir jika keadaan berterusan.
Beberapa pondok panas dibuka oleh BN dan PAS kelihatan walaupun ditegah oleh pihak SPR sebelum ini.
8.00 pagi : Pusat-pusat mengundi dibuka. 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini. Jumlah pengundi 14,753 orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular