Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

Pinda Perlembagaan: DUN S'gor bersidang 24 Januari


Saya petik:
[MK] Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor. 

Dalam kenyataan pejabat speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.


Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu. - from ::TOK KIYAI - ISU SEMASA:: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular