Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

DAP arahkan Masjid guna azan tv?????


Memang tepat catatan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, bahawa Umno amat tidak serius membela agama. Penegasan itu antara 30 rasional terkandung dalam kertaskerjanya bertajuk ‘PAS Ganti Umno: Rasional dan Tindakan’ yang dibentangkan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, akibat sikap tidak bertanggungjawab Umno selaku tunjang pemerintahan negara dan beberapa negeri, banyak tercetus isu berkaitan agama yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.


Kes ketiadaan bilal dihadapi sebuah masjid di Terengganu sehingga memaksa jawatankuasanya memanfaatkan laungan azan di televisyen setiap kali masuk waktu solat mungkin contoh paling memalukan. Apatah lagi keadaan itu telah berlanjutan sejak hampir tiga tahun, bilamana kekosongan bilal gagal diisi oleh kerajaan negeri dipimpin Umno.

Sebuah tabloid harian edisi Terengganu, Rabu (5 Januari) lalu memetik kenyataan Pengerusi Masjid Jamek Chukai, Abdul Hamid Johari mendedahkan perkara itu.

Menurutnya, sejak seorang bilal masjid berkenaan bersara pada Jun 2008, seorang lagi bilal terpaksa memikul tugas setiap hari. Keadaan itu memaksa mereka meletakkan mikrofon masjid pada televisyen ketika masuk waktu solat sekiranya bilal terbabit sakit atau tidak hadir bertugas.

Apa yang dikesalkannya, masalah itu telah pun disampaikan ke pengetahuan kerajaan negeri sedari awal. Kata Abdul Hamid, pada Oktober 2009, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memaklumkan tidak dapat menyediakan pengganti dikehendaki. Jabatan itu sebaliknya meminta jawatankuasa masjid mengemukakan calon bilal itu.

“Akur dengan permintaan itu kita memilih dan menghantar calon pada 20 Disember tahun sama (2009). Namun, sehingga sekarang perkara ini rupanya masih tiada penghujung,” beliau meluahkan kekesalannya.

Kita percaya jika benar kerajaan dipimpin Umno itu serius menangani masalah tersebut, ia tidak perlu mengambil masa sehingga hampir tiga tahun menyelesaikannya. Pendekatan dibuat pemerintahan singkat PAS di negeri itu boleh dijadikan bukti.

Diakui masalah kekurangan imam dan bilal turut wujud di zaman PAS. Ia diwarisi dari pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Bagaimana pun, PAS mengambil tindakan serius mengisi kekosongan terbabit. Hasilnya, pada awal 2003, terdapat hanya 473 kekosongan kedua-dua jawatan itu di seluruh Terengganu.

Kekurangan itu pula hampir keseluruhannya berjaya ditampung menerusi pelaksanaan strategi ‘serampang dua mata’ memanfaatkan pegawai-pegawai lantikan politik terutama di Unit Pembangunan Insan (UPI) dan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR). Mereka diberikan kebenaran khas menampung tugas imam dan bilal di masjid-masjid yang memerlukan.

Pendekatan diambil kerajaan PAS itu bagaimana pun gagal dihormati BN sebaik merampas semula Terengganu pada 2004. Puluhan imam dan bilal dilantik di bawah kerajaan PAS ditamatkan perkhidmatan, semata-mata atas serakah politik. Akibatnya, masalah kekurangan penjawat itu mencanak kembali.

Kegagalan BN menangani masalah itu malah pernah ditegur Sultan Terengganu sendiri. Di dalam titah baginda sewaktu merasmikan Masjid Sultanah Nur Zahirah di Bandar Marang pada Julai 2006, Sultan Mizan Zainal Abidin meminta kerajaan pimpinan Umno memikirkan kaedah melahirkan pelapis imam dan bilal dalam usaha menangani masalah kekurangan yang disifatkan baginda sebagai semakin serius.

Teguran baginda itu secara tidak langsung mendedahkan kegagalan Umno memberi keutamaan menyelesaikannya. Lebih menarik lagi dalam titah sama, Baginda turut mengingatkan kerajaan negeri bahawa pendekatan mewujudkan pelapis itu sebenarnya telah dipraktikkan sebelum itu.

“Sebahagian pegawai masjid dan pendakwah yang berkhidmat hari ini merupakan mereka yang dilahirkan dari pendekatan ini. Oleh itu perkara ini amat memerlukan kecaknaan dan perhatian kerajaan negeri,” titah baginda.

Walau pun baginda tidak menyebutnya secara jelas, titah itu dianggap merujuk kepada pendekatan dibuat kerajaan PAS sebelumnya. Ia seakan pengiktirafan baginda terhadap kejayaan PAS menyelesaikan masalah itu.

Malangnya, keprihatinan Sultan selaku ketua agama negeri itu bagaikan tidak diambil serius oleh Umno. Akibatnya jumlah kekosongan imam dan bilal semakin bertambah.

Kenyataan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Mohamad Ramli Noh, sepertimana disiarkan akhbar pada 9 November lalu membuktikan segalanya.

Beliau mengakui kini terdapat kira-kira 1,000 kekosongan imam dan bilal yang gagal diisi di masjid-masjid mukim seluruh negeri. Justeru, kes terbaru didedahkan Masjid Jamek Chukai tadi tidak lagi boleh dianggap terpencil.

Kita percaya pokok pangkal kegagalan menyelesaikannya bukan kerana Terengganu ketandusan calon berkelayakan. Ia lebih didorong sikap Umno itu sendiri.

Pertama, parti itu terlalu mengutamakan merit politik dalam memilih calon imam dan bilal. Kedua, Umno juga tidak meletakkan soal menyelesaikan hal-hal berkaitan agama seumpama itu sebagai keutamaan pemerintahannya. Isu kekurangan pegawai penguatkuasa agama yang dihadapi negeri itu sejak 2004 adalah contoh lain.

Apa yang berlaku di Terengganu itu menguatkan rasional kenapa Umno perlu diganti PAS sebagai tonggak pemerintahan negara, sepertimana disebut Idris itu


Oleh: Mat Zain Mat Isa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular