Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 26, 2011

MCA SEMAKIN BIADAP!: "Apa baiknya untuk mengenali tatasusila orang Islam?" - Chua Soi Lek



Teguran 'lemah' Muhyiddin supaya MCA dan Gerakan tidak menjaja isu sensitif di Tenang rupanya langsung tidak dihiraukan MCA..

Nasihat mufti Perak supaya CSL meminta maaf kerana menghina Islam juga langsung tidak diendahkannya..malah dengan angkuhnya mengatakan itu adalah haknya, tiada kelebihan untuk beliau mengerti Islam kerana dia bukan penganut agama Islam..begitulah seakan bunyinya..

Ternyata semakin lama makin menjadi-jadi kebiadapan Chua Soi Lek terhadap agama Islam..beliau bergilir-gilir dengan beberapa kepimpinan MCA dan Gerakan mencabar kesabaran umat Islam..(baca pada di "SINI"..)..sungguh menyedihkan..

Inilah bahana apabila Umno dan YB Zul terlalu manjakan sekutu setia BN ini..segala kelacuran dan kebiadapan hanya dihalakan kepada DAP semata-mata...kini, Allah membuka mata mereka, betapa dalang musuh umat Islam sebenarnya wujud di dalam BN..apa tindakan mereka?


PRK DUN Tenang menjadi saksi Islam dilacurkan oleh BN

Sahlah pakatan di dalam BN adalah sebuah 'pakatan syaitan' untuk merosakkan Islam..buktinya, kenyataan biadap MB Johor, Ghani Othman dan Muhyiddin Yassin yang memberi 'lampu hijau' kepada parti ini untuk memperlekeh dan menakut2kan masyarakat Cina terhadap negara Islam..kalian boleh rujuk bukti di SINI..

Akhir kalam, sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Cikgu Normala Sudirman, isu ini adalah lambang kegagalan Umno menerapkan nilai-nilai Islam, dan mempraktikkan hukum-hukum Islam di dalam pentadbiran mereka..ini menyebabkan MCA dan Gerakan semakin keliru dengan agama Islam..Umno harus bertanggungjawab..fikir2kan..wallahua'lam.

p/s: Isu ini akan dikemaskini pada link disebelah, "Koleksi berita sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"...

'What's so great' about knowing Muslim values? – Chua

KUALA LUMPUR, Jan 25: MCA president Chua Soi Lek (right) appears to be on a warpath, defending his criticism of Muslim women who chose not to shake hands with the opposite sex for religious reasons.

In an angry reaction to questions from reporters, Chua insisted that the norm practised by many Muslim women to avoid skin contact with the opposite sex during handshake was contrary to "basic culture and manners to shake hands".

“I have been in the public life for many years. It's part of the basic culture and manners to shake hands," said Chua, who also scolded a reporter from online portal Malaysiakini, which first broke news of Chua's attack on PAS candidate Normala Sudirman.


Chua had poked fun over Normala's preference not to shake hands with the opposite sex, and compared it to a similar practice by PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"She will not come here (a Chinese temple), she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this.

“She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic values, go ahead and vote for PAS," he said.

This was followed by deputy Domestic Trade Cooperative and Consumer Affair minister Tan Lian Hoe of Gerakan lashing out at Normala and saying her practise was proof of PAS's goal to establish "an extremist Islamic state".

“This is the most basic thing... Not only men, but when she shakes hands with women, she also needs to wear glove," alleged Tan in the presence of her minister Ismail Sabri.

"This is not friendly. It's as if she thinks our hands are dirty... I hope the Chinese voters are careful (with Islamic state). We are very worried about the Islamic state. They want to implement an extremist Islamic state," she added.

Chua's comments drew strong reactions from Muslims from both sides of the divide, with many recalling his sex video which exposed his adulterous affair in a hotel room in 2008. Even UMNO deputy president Muhyiddin Yassin chided him for raising religious issues in MCA's bid to convince Chinese voters that PAS would trample on non-Muslim rights.

Chua however dismissed Muhyiddin's reminder.

"There is no need for the DPM or the media to communicate this to us," an irate Chua was quoted by Malaysiakini as saying.

'What's so great?'

Despite the storm, Chua stood his ground, saying there was nothing great about knowing the Islamic religious values.

"So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion?”

"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," he went on, as quoted by Malaysiakini.

Meanwhile, condemnations continue to pour in over Chua's comments, with Selangor speaker Teng Chang Khim saying Chua's ignorance reflected the failure of racial integration as claimed by Barisan Nasional.

“CSL says it's not fair for non-Muslim to understand Islamic values. No wonder BN's national integration policy has failed.

"CSL now blames the media for the hand shake issue. He never blames his narrow-mindedness and sheer ignorance,” added Teng on Twitter.

Perak mufti Harussani Zakaria has also broken his silence, and demanded Chua to issue an apology.

“He has to know... he must respect religious practices of others, but if he doesn’t know, that is ignorance. If he knows, but pretend not to, that is insulting Islam," said Harussani, but quickly added he was not supporting the PAS candidate. - HD

**Baca juga kupasan blogger MalaysiaWave tentang isu ini pada tajuk, "MCA Berpesta Menghina Islam di TENANG"..

Apa pula reaksi DAP tentang isu ini?...baca di bawah...

Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam

LABIS, 25 Jan — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.


Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calonnya Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.

Menurut Lim, Umno dan MCA yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus memainkan isu-isu yang akan menyebabkan sokongan rakyat beralih kepada pengundi daripada Pakatan Rakyat.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.

“MCA akan dendangkan lagu dengan mengatakan kita adalah alat yang diperkudakan PAS kepada pengundi Cina.

“Tapi Umno pula akan kata PAS diperkudakan DAP kepada pengundi Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak perkudakan DAP, DAP tidak perkudakan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak perkudakan sesiapa.

“Ada kata DAP dimelayukan kerana cakap bahasa Malaysia, kita rakyat Malaysia jadi kenapa tidak bercakap bahasa Malaysia. Lagipun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara,” katanya.

Menurut Lim, Pakatan Rakyat akan menghadapi setiap serangan yang akan dilakukan BN dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Apa yang penting adalah kita memperjuangkan prinsip kebebasan, keadilan dan demokrasi untuk semua.

“Kita akan hadapi mereka dengan berlandaskan kebebasan, keadilan dan demokrasi,” katanya.

“Ia (salam) tidak perlu dibangkitkan dan Dr Chua tidak harus membuat serangan peribadi.

“Itu adalah pilihan Normala, kalau nak buat serangan peribadi kita pun boleh buat tapi kita tidak mahu.

“Saya harap Soi Lek faham, jangan nanti makan tuan,” katanya. - TMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular