Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 12, 2011

Malaysia semakin punah-ranah kerana program 'pemandiran' !


Jika terus berada di bawah penguasaan UMNO/BN, Malaysia akan terus punah-ranah. Banyak perkara yang telah disebut orang yang boleh menyebabkan punah-ranah negara ini. Mereka yang berfikir akan merasa gerun dan malu dengan apa yang berlaku. Mereka yang tidak berfikir akan terus menjadi bahan pembodohan. Mereka yang memkikrkan perut akan terus menjadi balaci dan barua walaupun hilang kehormatan diri.

Terbaru KSN turut menjadi alat kepada ketamakkan UMNO/BN sehingga mengecohkan kerajaan PR berkaitan isu perlantikan SUKN Selangor. Jika KSN mengikut prosedur biasa dengan menjunjung semangat persekutuan, apa yang berlaku di Selangor tidak akan berlaku. Tetapi KSN sebagai ketua perkhidmatan awam yang sepatutnya bersikap profesional, berkecuali dan berintegriti telah menjadi alat politik murahan yang tidak bertanggung-jawab. KSN yang selama ini dihurmati telah dijangkiti penyakit yang dideritai oleh Peguam Negara, Hakim Negara, SPR, SPRM, PDRM dan berbagai lagi. Tidak punah-ranahkah Malaysia jika begini kelakunya mereka itu?

Bertambah hina lagi integriti perkhidmatan awam negara ini apabila Pengarah Pelajaran Johor terus terang berpolitik. Belum masuk pun tempoh berkempen di DUN Tenang, pegawai perkhidmatan awam itu telah mendahului ahli-ahli politik telah berkempen memaksa guru-guru kaunseling membantu untuk kemenangan UMNO/BN di DUN Tenang. Apa ni ? Apa dah jadi dengan pegawai atasan? Di manakah sikap profesionalisma, integriti Pengarah Pelajaran Johor itu? Isunya layakkah orang ini menjadi Pengarah Pelajaran? Atau memang diapun sudah merelakan diri 'dilacuri' oleh UMNO/BN?

Lebih malang negara ini, apabila Timbalan Menteri Pelajaran Fuad Zarkashi membela dan menyokong 'kempen awal' Pengarah Pelajaran Johor itu atas alasan menyokong dasar-dasar kerajaan semasa. Kepala......... hang ! Haaa aku nak kata kasar dah ni!

Bagaimana, katakan, Pengarah Pelajaran Kelantan atau Kedah atau Pulau Pinang atau Selangor pergi berjumpa dengan guru-guru kaunseling di negeri masing-masing jika ada PRK, agar menyokong kerajaan negeri-negeri tersebut kerana alasan menyokong dasar-dasar kerajaan negeri semasa? Apa Fuad nak kata? "Tak apa kerana Pengarah itu menyokong dasar-dasar kerajaan semasa!" Heh...boleh kerat sekali lagi kalau Fuad kata macam tu....!!!

Kena kat dia semua boleh, semua tak apa, semua halal. Acu kena kat orang, pasti semua pengarah-pengarah tu kena kerat sekali lagi !!

Cukuplah memandirkan Melayu kerana Melayu tidak pandir selamanya !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular