Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 16, 2011

LAGI 125 AHLI BN SERTAI PKR TENOM


Oleh: KREW SABAHKINI NET
RASA tidak puas hati penduduk kampung Alutok, 35 kilometer daripada Tenom terhadap Kerajaan UMNO/BN menyebabkan seramai 125 orang lagi ahli komponen BN meninggalkan parti itu.

Kedudukan kampung Alutok yang terpencil jauh di pedalaman Tenom menyebabkan wakil rakyat BN mengabaikan mereka sehingga mereka membuat keputusan nekad memilih PKR sebagai wadah politik dan berjanji tidak akan mengundi calon BN pada PRU13 nanti.


Demikian antara ikrar bertulis Runai, bekas Ketua Cawangan PBS Kampung Alutok yang mewakili 125 orang ahli UMNO/BN di kampung tersebut menyertai PKR.

Ketika menerima borang keanggotaan daripada mereka, Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman berkata, PKR kini menjadi parti pilihan yang terbaik untuk rakyat Sabah kerana PKR adalah sebuah pertubuhan politik yang anggotanya berbilang kaum dan berbilang amalan kefahaman agama.

Halik turut membidas wakil-wakil rakyat BN di kawasan Parlimen Tenom yang dengan sengaja tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat di kampung tersebut. Jalan raya yang menuju ke Kampung Alutok seperti jalan kerbau, tanah merah berlubang-lubang, licin dan becak serta tidak pernah dibaikpulih oleh Kerajaan UMNO/BN.

Kata Halik, “Beri peluang kepada Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Kerajaan PR tidak sahaja mengambil perhatian serius pasal jalan raya malah tidak pernah terniat untuk meningkat kos sara hidup rakyat pada masa depan dengan memberikan tanah tanah pertanian kepada individu supaya rakyat boleh menanam kelapa sawit dan getah atas bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat.”

Tegas Halik, permohonan tanah yang berlonggok di pejabat tanah langsung tidak diproses oleh Kerajaan UMNO/BN sejak berpuluh tahun. Namun sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Kerajaan, seperti di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang daripada BN, semua permohonan tanah rakyat diselesaikan dalam tempoh dua bulan sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular