Pelik tapi benar, bila seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam dan sering kali mengutuk dasar-dasar Amerika Syarikat yang selama ini secara jelas musuh kepada dunia Islam menunjukkan rasa bangga apabila negara musuh Islam itu mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh[Malaysiakini].
Wajarkah pengiktirafan yang diberikan oleh negara musuh Islam ini menjadi kebanggaan? Kuasa dunia itu sering kali membuat pelbagai konspirasi dan helah untuk memburuk serta menjatuhkan negara-negara Islam, malah memainkan peranan utama kepada dunia bagi menggambarkan Islam sebagai agama yang mengajarkan keganasan.
Namun pemimpin yang mengaku sebagai pejuang Islam kali ini merujuk pengiktirafan negara musuh Islam itu sebagai mengiktiraf negara Islam Malaysia untuk dijadikan contoh kepada negara-negara islam lain.
Pemimpin ini seolah-olah bangga dipuji oleh musuh Islam. Teguran ulama tidak diendahkan, malah diperlekeh dan ditentang secara terang-terangan, sebaliknya pujian yang wajar dilihat sebagai penuh dengan tipu muslihat dari musuh Islam ini pula yang dibangga-banggakan.
Apa lagi nak dikata? sebelum ini Meneteri Besar Johor, Dato' Ghani Osman memberi amaran kepada pengundi india di DUN Tenang agar jangan mengundi calon PAS, kerana jika PAS memerintah, PAS akan mendirikan negara Islam dan mengambarkan ia sebagai satu malapetaka. Rujuk link ini, [Negara Islam Malapetaka].
Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin-peminpin UMNO dilihat terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menentang Islam untuk menarik sokongan pengundi-pengundi bukan Islam. Jelas sekali "akhirat dijual untuk membeli kuasa politik dunia"
ReJaM© "Tolak UMNO tolak BN! Pertahankan Islam..."
from MiLo SuaM by ReJaM©