Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 20, 2011

Panas - Malaysia Dilanda wabak Merbahaya????? Di Petik dr MEDIA MELOYA


INFO Tentang jenis-jenis "Demam"
Boleh dikatakan semua orang pernah demam dan kemungkinan besar akan demam lagi dalam hidup mereka kelak. Demam menjadi antara perkara yang perlu dilalui semua individu yang pernah mengalami jangkitan kuman atau penyakit tertentu.

Sememangnya kebanyakan kes demam melibatkan demam biasa yang jarang sekali mengancam nyawa. Namun, bila sahaja disebutkan terdapat penularan kes demam denggi, malaria, chikungunya atau kepialu, ramai pula yang cuak dan khuatir diri menghidap demam yang berbahaya. 
Rasa khuatir sebegini timbul akibat rasa cemas yang ditambah kurangnya kefahaman tentang penyakit tersebut. Di sini, tindakan sewajarnya adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada pakar perubatan.

Demam sememangnya satu kebiasaan tetapi kita sebagai manusia biasa, yang pasti akan demam berulang kali lagi kelak, perlu juga membiasakan diri dengan maklumat dan cara membezakan demam yang biasa atau yang berbahaya.

Ciri-ciri asas demam adalah peningkatan (sementara) suhu badan melebihi 37°C, mengikut gred tertentu,suhu demam adalah antara 38 hingga 40°C, dengan suhu antara 38 dan 39°C dikira sebagai demam gred rendah dan suhu melebihi 39°C sebagai gred tinggi.
***Ubat mungkin perlu diberikan kepada pesakit jika suhu badan melebihi 40°C yang mungkin membahayakan nyawa pesakit.

Virus Demam spesis terbaru telah ditemui hari ini iaitu "DEMAM DICABAR" punca virus tersebut masih diselidik dimakmal yang dirahsiakan...hehehe...
(Gambar sekadar hiasan menunjukan cara berselimut ketika demam)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular