Saudara Pengarang,
SIKAP ganas dan tidak bertamaddun yang dipamerkan oleh Jabatan Hutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain dalam menangani isu tanah adat sehingga rakyat, khususnya suku kaum Anak Negeri tulen berketurunan Kadazan Dusun; menderita akibat rumah-rumah milik mereka dibakar, menjadi bukti nyata bahawa rakyat tidak lagi mampu meletakkan kepercayaan dan mempertaruhkan nasib masa depan mereka di bawah teraju kepimpinan Negeri yang ditunjangi UMNO/BN.
Saya menyeru masyarakat Anak Negeri Sabah supaya memberi kepercayaan mereka dalam pilihanraya ke 13 ini dengan memilih calon Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan masa depan mereka. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dipimpin oleh Dato’ Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS, sebelum dimusnahkan oleh UMNO/BN melalui rampasan kuasa yang tidak bertamaddun.
Kerajaan PAS Perak, memberikan geran hakmilik untuk semua kampung yang diidiami oleh masyarakat Melayu, India dan Cina menjadi bukti bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah manusia yang bertamaddun, bertanggungjawab serta melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui undi dalam pilihanraya.
Berbeza dengan pemimpin UMNO/BN yang korup dan pembohong! Mereka hanya pandai menabur janji dan menghulur wang ringgit untuk memanipulasi minda rakyat. Apabila mereka menang dalam pilihanraya, maka berlakulah pengkhianatan ke atas rakyat sebagaimana yang kita saksikan sekarang yang menimpa rumah-rumah dan tanah adat milik Anak Negeri tulen.
Pemimpin UMNO/BN hidup mewah, banglo dan Ninja King berselerak di mana-mana, perempuan simpanan dan isteri-isteri yang dikahwini di luar Malaysia sentiasa menjadi alat pemuas nafsu syahwat yang bergejolak lantaran fulus yang bertimbun.
Mereka kaya dek kerana mendapat projek bernilai puluhan juta ringgit yang dijual kepada tauke kroni dengan mendapat wang segera berjumlah 10% dari nilai projek. Itulah ‘benchmark’ pemimpin UMNO/BN. Akhirnya, rakyat yang menderita. Hidup dianiaya dan ditindas oleh pemimpin yang memperalatkan suku kaum dan NGO yang diperkudakan mereka!!
Ayuh rakyat Sabah! Kenapa sukar sangat untuk menukar kerajaan yang ganas ini? Bukankah rakyat Sabah pernah menukar kerajaan sebelum ini? Rakyat Sabah sudah banyak kali melakukan perubahan ke atas kerajaan yang menganiaya dan menindas rakyat. Maka, kali ini, ayuh kita buat perubahan. Nyahkah UMNO/BN dari bumi Sabah yang telah banyak menyusahkan rakyat Sabah.
Salam Hormat,
IBN ABDULLAH