Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 20, 2011

Hari Wilayah : Beberapa jalan di sekitar KL ditutup mulai Sabtu ini



KUALA LUMPUR, 20 Jan – Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup sempena raptai dan majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 mulai 25 Jan (Selasa) ini, lapor Bernama.

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, jalan yang ditutup pada Selasa ialah Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja untuk raptai teknikal majlis pelancaran sambutan itu bermula 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Jalan yang akan ditutup untuk raptai sambutan pada 26 Jan (Rabu) mulai 6 pagi hingga 12 tengah hari ialah Jalan Raja, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja/Jalan Cenderasari/Jalan Lembah, Jalan Perdana/Jalan Damansara/Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Tun Perak/Lencongan Jalan Raja/Jalan Raja Laut dan Lencongan Bulatan Dato’ Onn/Jalan Parlimen dari arah pusat bandar.
Raptai penuh sambutan itu akan diadakan pada 27 Jan (Khamis) bermula 5 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan jalan yang sama.
Pada 29 Jan (Sabtu), Jalan Raja akan ditutup untuk sambutan dan majlis pelancaran Hari Wilayah Persekutuan dari pukul 5 pagi hingga 1 petang.
Kementerian itu menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan menggunakan jalan alternatif yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke Dataran Merdeka.
Orang ramai digalakkan merujuk Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dan mematuhi segala arahan polis trafik serta penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari semasa ke semasa sebagai panduan pengunaan jalan raya di ibu kota.
Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Call Centre DBKL di talian bebas tol 1-800-88-32-55.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular