Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 21, 2011

Perangkap akhirnya kena tuannya sendiri – Khalid


Khalid Samad

Itulah yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di hadapan orang ramai di pintu masuk Istana Alam Shah, Klang petang tadi, bagi menyerah memorandum ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ kepada Sultan Selangor.
Kata beliau lagi, sekiranya wakil rakyat Umno-BN memboikot Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), 24 Januari nanti, membuktikan kepada warga Selangor bahawa pengkhianat sebenar Raja-raja Melayu adalah Umno-BN sendiri.
“Sememangnya kita mempunyai sokongan daripada seluruh rakyat negeri Selangor, bahawa tindakan khianat yang dilakukan Umno-BN selama ini, dengan merampas kuasa sultan, kuasa negeri, akan kita perbetulkan.
“Sekiranya mereka tidak datang pada hari Isnin ini, ataupun mereka datang dan tak sokong maka seluruh negara akan kenal siapa sebenarnya pengkhianat dan siapa sebenarnya perderhaka,” tegas beliau.
Shamsul Iskandar Md Akil
Manakala Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akil menegaskan, pemimpin Umno-BN patut beri sokongan kerana usul yang akan dibentangkan dalan sidang DUN Isnin depan berkenaan mengembalikan kuasa kepada Sultan dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor.
“Rakyat telah pilih Pakatan, tetapi kenapa ada unsur khianat, Umno khianati rakyat, mereka juga khianati raja-raja Melayu.
“Pada 24 haribulan nanti ketika sidang Dun, kita nak tengok, sama ada wakil rakyat daripada Umno-BN berani atau tidak menyokong usul yang akan kita bentangkan dalam DNS,” tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Kapar, mewakili semua ketua kampung di Selangor,  Syafie Sulaiman menyuarakan kesyukuran dapat menghantar memorandum kepada pihak istana walaupun pada awalnya dihalang polis.
Syafie Sulaiman
Beliau menjelaskan, ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ yang diadakan hari ini bertujuan menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada Sultan Selangor dan Raja Berperlembagaan.
“Kami, pemastautin dan rakyat Selangor, berasa yakin dan percaya akan kebijaksanaan Duli Tuanku dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan bagi membolehkan seluruh rakyat di negeri ini memperoleh manfaat di atas kemakmuran dan kekayaan negeri.
“Kami juga akan mempertahan dan mendukung kemuliaan institusi raja serta berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi raja selaras dengan prinsip raja berperlembagaan,” kata beliau.

from SelangorKini Online 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular