Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 19, 2011

Santa Claus dan gula-gula


TENANG, 19 Jan : Kehadiran Perdana Menteri Malaysia dengan helikopter dan barisan pimpinannya  ke Felda Tenang semalam dikatakan berhabis jutaan ringgit.
Mazlan Aliman selaku Presiden Anak mempersoalkan bagaimana PM dan Menteri memperoleh peruntukan yang besar iaitu melibatkan kos lebih 3 juta ringgit dalam sambutan majlis tersebut.

Sambutan majlis tersebut dilihat melibatkan 135 buah bas dari seluruh negara, khemah-khemah besar di padang awam dan persiapan-persiapan yang lain. Selain itu juga kerahan terhadap pegawai-pegawai felda dari seluruh Johor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk turun menyertai majlis tersebut.
Manakala hanya 8.5 juta untuk prasarana perumahan yang akan diberikan kepada generasi kedua di Johor. Bagaimanakah asas kiraan dibuat untuk peruntukan ini kerana kawasan perumahan di felda Johor adalah di kawasan tanah lembah yang mungkin melibatkan kos yang tinggi.
Projek perumahan di Felda Gedangsa yang diumumkan 8 bulan sudah, di Felda Air Hitam 5 tahun sudah dan juga di Felda Taib Andak masih belum dimulakan. Berapa lama tempoh jangka yang perlu untuk disiapkan 5, 10 atau 15 tahun?
Dalam sidang media pagi tadi, turut dikemukakan laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa kerana melibatkan anaknya dari sekolah Kulai menyertai majlis tersebut. Ini berikutan pelajar-pelajar sekolah dibawa keluar tanpa kebenaran PPD. Hal ini perlu dipersoalkan kepada Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran kerana ia jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa. Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular