TENGKU Razaleigh Hamzah hari ini telah diambil kenyataan oleh Polis berhubung kenyataan beliau dalam sebuah surat khabar Cina yang dikatakan menyentuh mengenai kedudukan Sultan Mohamad Ke V, Dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan memasuki ke rumah Tengku Razaleigh yang terletak di Langgak Golf, Ampang kira-kira jam 4:00 petang tadi.
Tengku Razaleigh dalam sidang akhbar selepas memberi kenyataan menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyentuh mengenai kedudukan Sultan Kelantan dan mengatakan laporan berkenaan sengaja diputar belitkan oleh akhbar berkenaan.
Tengku Razaleigh bagaimana tidak bercadang untuk menyaman akhbar berkenaan.
Berita yang Ahli Parlimen Gua Musang itu akan disoal siasat polis menjadi laporan awal di blog ini dua hari lepas. [ttdi.kl 9:54 pm 19/01/11] Sumber