Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 12, 2011

DAP: Perbezaa pendirian tak gugat Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 12 Jan – Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw mengakui ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai pendirian berbeza dalam sesuatu isu tetapi itu tidak menjejaskan kerjasama mereka.

“Kita kini lebih memberi tumpuan terhadap isu yang dipersetujui bersama iaitu mengenai pembasmian kemiskinan, perjuangan politik yang adil dan kerajaan yang bersih,” katanya dalam satu SMS kepada Bernama ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang.

Namun Hadi menerusi blognya semalam menafikan laporan akhbar itu yang disifatkannya tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pembantu Pengarah Bahagian Pendidikan Politik DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, berkata parti itu sememangnya memahami ideologi politik yang dibawa PAS iaitu untuk menubuhkan negara Islam.

“Apa yang dihebohkan hanya untuk memanaskan kita dalam pakatan dan kita tidak akan termakan umpan,” katanya.

Selain PAS dan DAP, satu lagi parti dalam pakatan pembangkang ialah Parti Keadilan Rakyat.

Mengenai sama ada terdapat sebarang perjanjian antara ketiga-tiga parti itu bahawa PAS berjanji tidak akan menubuhkan negara Islam sekiranya pakatan itu mentadbir negara, beliau berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

“Serasa saya perkara itu (untuk tidak menubuhkan negara Islam) belum pernah dibincangkan,” katanya.

Ooi berkata kenyataan Abdul Hadi pada Ahad lalu adalah putar belit media.

“Saya yakin isu ini akan terus berulang terutamanya menjelang pilihan raya kecil Tenang,” katanya. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular