Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

Adun Sri Muda dipanggil polis


SHAH ALAM, 11 Jan- Ekoran tulisan dalam blognya mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor. Adun Sri Muda, Suhaimi Shafiei dipanggil polis di Seksyen 11, pukul 2 petang ini.

Demikian beritahu peguam yang juga Pengerusi Biro Undang-undang Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya dalam twitternya seperti yang dilapor Harakahdaily.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia hampir setiap hari mengasak polis agar bertindak segera ke atas Suhaimi ekoran tulisan dalam blognya itu.


Beberapa NGO Umno juga membuat laporan polis di samping membuat demostrasi membantah kononnya Adun KEADILAN itu menderhaka kepada Sultan Selangor.

Gagasan anti penyelewengan Selangor (GAPS) misalnya mendakwa, Suhaimi telah membuat kenyataan amat biadap dan kurang ajar.

Kenyataan ini bagi mereka, berunsur fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

GAPS mencadangkan pertuduhan dibawah seksyen 121 kanun keseksaan dikenakan terhadap penderhaka seperti ini kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor tersebut adalah ‘perbuatan memerangi raja-raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati.

Ekoran cadangan hukuman bunuh ini, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata, cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain.

Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul.

Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain, katanya dalam blog beliau, Minda Tajdid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular