dun tenang dalam kawasan parlimen labis. pas kalah. umno bergembira dalam kelat. umno mahu meraikan kemenangan mereka tapi bala jua yang mendatang. hampir 60 ribu mangsa banjir dipindah. belum sempat tokai merasai kehebatan menjadi yb tenang. hidup dia tak tenang sudah.
malam pertama menjadi yb sudah merasa azab sengsara ditenang. umno tak buat apa apa ditenang walaupun dah 53 tahun memerintah. umno sangat selesa disini, pengundi tegar ada bersama umno. busuk umno pun tekup hidung pun berbau masih disokong oleh pengundi tenang.
begitulah hebatnya umno dalam urat darah pengundi dijohor. kalau darah yang mengalir tu boleh menjelma menjadi huruf pasti darah akan berwarna biru dan membentuk perkataan umno.
begitulah sinonimnya umno dan pengundi diseluruh johor. umno jahat dan kejam, mereka biarkan pengundi mereka hampir lemas kerana kegagalan umno menyediakan prasarana yang baik untuk menghadapi banjir.
setelah 4 hari berlalu. umno terus membiarkan penduduk johor berada dalam keadaan berair. aku nak tanya kepada pengundi umno yang dapat habuan baru baru ini. jangan tipu tuhan nampak. untung secuit kuku rugi sebanyaknya. dapat duit tunai hasil mengundi umno dalam prk tenang, balik tengok rumah ratusan ribu ringgit malaysia alkepuk ranap ditelan banjir.
apakah dengan duit seposen yang dibagi dapat mengembalikan rumah yang ranap. alat elektronik mampus dihantam banjir. rumah penuh kotoran selut, sampah sarap, najis manusia bercampur najis haiwan penuh dalam rumah akibat banjir. beribu kerugian ditanggung oleh penduduk tenang yang memilih umno.
nanti ada pencacai umno tanya kalau undi pas banjir tak ada ke? bukan tak ada sekurangnya umno akan baiki sistem prasarana perparitan. laluan air akan dibina secepat mungkin untuk meraih kembali sokongan kepada umno. tapi penduduk tenang tak berapa nak cerdik jadi mereka kena tanggung akibatnya.
wang yang diperolehi tak setimpal dengan apa yang diperolehi. dapat duit mengundi rumah kelemasan. kereta maut dalam banjir. bumbung kena ganti, silling kapur kena ganti, mesin basuh jadi mesin angkut sampah sarap. semua kena ganti akibat kerosakan yang terjadi semasa banjir.
wang mengundi tak mampu menampung semua itu. umno dah cabut lari tinggal pengundi dalam kesedihan. operasi menyelamat dianaktirikan. kroni selamat dulu yang kurang kroni diselamatkan kemudian. duit bawah bantal diangkut sekali oleh air, duit menoreh pun hilang, getah yang ditoreh telah hilang, kelapa sawit tak dapat dikait dan dihantar kekilang.
peneroka terus menjadi mangsa felda. pokok pisang mampus dibaham air banjir. buku sekolah anak anak terpaksa dibeli baru, semua tak boleh dipakai. ada umno peduli, kalau mereka peduli dah lama mereka bina semua demi menyelamatkan pengundi yang menyokong mereka selama ini.
kasihan pengundi umno. tak apa pru akan menjelma, tukar aje umno kepada pas, semoga pemerintahan baru dapat memberikan kesejahteraan dunia dan akhirat. tunisia dah dpt kerajaan baru, mesir menyusul apakah malaysia tak mahu kepada pemerintahan baru? tepuk dahi tanya otak.(FZT)