Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 3, 2011

Tengok nii...Kenyataan "Bangang" Ulamak Umno..??


Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam.


Pengerusinya Prof Mohd Noor Deris berkata kenyataan Nik Abdul Aziz seperti mengundi PAS masuk syurga dan tidak mengundi PAS disifatkan golongan jahiliyah dilihat bercanggah dengan syarak kerana boleh menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara. Sehubungan itu beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.
Kalau dibiarkan perkara ini ramai orang mati kerana murtad, atau keluar dari Islam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Juragan : Dalam kuli
ah maghrib Ustaz Tarmizi Abdul Rahman,mantan ketua penerangan Pas Perak menyatakan bahawa Umno sememangnya Jahilliah kerana mereka menolak Allah (Al Quran) dan Nabi (Hadis) dalam sistem pemerintahan mereka.Mengapakah Masyarakat Arab di zaman rasullullah dulu di panggil sebagai kaum jahilliah,adakah mereka ini miskin,tiada ilmu atau tidak maju.

Malah merekalah yang paling cerdik,ahli syair yang hebat,pandai berniaga sehingga menjadi kaya-raya,bangunan yang dibina memaparkan kepada kita teknologi yang canggih yang belum mampu diatasi oleh manusia zaman ini di mana gunung dan bukit ditebuk dan dipahat menjadi rumah...hebattt..

Tetapi mengapakah mereka dipanggil dengan Jahilliah..??kerana pemerintahan kerajaan mereka tidak mahu patuh dan tunduk kepada peraturan Allah dan Rasul.Mereka hidup dengan sistem ciptaan sendiri dan undang-undang yang dipakaiguna adalah hasil buatan manusia.Inilah yang dinamakan Jahilliah,samalah seperti pemerintahan negara kita yang dinaugi kerajaan Umno dan BN.Janganlah kita mengeluarkan kenyataan hanya kerana memikirkan perut dan bawah perut.

Ingat lagi..bagaimana Imam Ahmad Hambal mempertahankan bahawa Al Quran itu Qadim,walaupun diseksa dan diugut oleh pemerintah ketika itu,namun beliau tetap dengan pendirian bersumberkan ilmu Allah,malah hampir 99% ulamak dibawah ketiak pemerintah semasa itu mengatakan Al Quran itu adalah baharu dan selari dengan suara pemerintah.Tepuk dada tanyalah iman..??

Biar kita dibenci Manusia kerana memperkatakan kebenaran Agama Allah, Jangan kita dibenci Allah kerana mempertahankan sistem Jahilliah yang menjadi dasar pemerintah.


http://nblo.gs/dP72F
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular