Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

[Video] Bukti Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Minta Maaf kepada Ketua Menteri


Media sebelum ini melapaorkan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan telah memohon maaf kepadanya. Saya petik:
[TMI] Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu.

Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini.

“Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang ‘blacklist’ 46 kontraktor Melayu,” kata Lim dalam laman sosial Facebook hari ini.

Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.

Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu  Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu.

Dalam satu kenyataan 29 November lalu, Lim dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Fadzill menegaskan, kenyataan Lim bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.....

Selepas media alternatif menyiarkan kenyatan Lim Guan Eng, timbul pula cakap-cakap yang menafikan laporan akhbar tersebut. Blog-blog pro-UMCO menuduh Lim Guan Eng memutarbelitkan kenyataan yang telah dibuat oleh Fadzill. Malah, Utusan yang bertindak menyiarkan kenyataan yang memburukkan kerajaan Pulau Pinang berkaitan dengan kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu  juga "membisu" dalam hal ini. 


Videonya:

Popout
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular