Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 11, 2011

Segala-gala dilakukan untuk melumpuhkan Kerajaan Negeri !!!


Syukur kepada Allah SWT. SOlat Hajat Perdana anjuran PAS Pusat berkaitan dengan krisi perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK tanpa merujuk kepada Menteri Besar Selangor. Solat Hajat dianjurkan untuk bermunajat kepada Allah SWT yang Maha Esa supaya menyelamatkan Kerajaan PR Selangor dari menjadi mangsa kezaliman KSN/bekas SUK/Pegawai2 Istana/Kroni UMNO/UMNO dan Najib Tun Razak.

Percubaan mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor di dalam perlantikan Khusrin sekarang ini telah dikembalikan kes ini kepada Allah SWT dari orang yang dizalimi yakni Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh PAS Kelantan sekitar sebelum Pilihanraya 1999. Secara khususnya, selepas Parti Semangat 46 meninggalkan Angkatan Perpaduan Ummah untuk menyertai UMNO semula.

Di waktu itu, SUK Negeri Kelantan adalah Dato Wan Hashim lantikan Istana Kelantan. Segala-gala dilakukan oleh Dato Wan Hashim ini untuk melumpuhkan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS.

Maka, PAS tiada pilihan melainkan mengembalikan kes ini kepada Allah SWT. Hasilnya, kita lihat sekarang ini. Semua yang terlibat dalam konspirasi percubaan mensabotaj Kerajaan NEgeri Kelantan telah dibalas dan dihina oleh Allah SWT.

Bekas SUK Kelantan itu telah merengkok dalam lokap sebelum ini ekoran krisis Istana. Dan apa sudah jadi kepada orang yang melantik Dato Wan Hashim tersebut. Siapa sangka beliau boleh terjatuh dari takhta dengan begitu hina sekali. Malahan bekas Presiden S46 itu pun telah ditendang dari Istana sekaligus menjadikan beliau setaraf dengan rakyat kebanyakan.

Maka, suka Tulang Besi memberi amaran kepada para konspirator di belakang percubaan sabotaj kerajaan negeri Selangor ini. Belajarlah dari apa yang berlaku kepada Dato Wan Hashim dan bekas Sultan Kelantan. Kuasa Allah SWT, bekas Sultan Kelantan adalah Sultan pertama yang dijatuhkan takhta sewaktu masih hidup. Kalau ini tidak hina, saya tak tau apa lagi yang lebih hina.

Ingatlah, Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Kalau setakat Istana Selangor ini tidak boleh lawan Arasy' Allah SWT.

Kalau lihat di Kelantan sekarang ini, bukan PAS yang jatuh, bukan Tok Guru yang digulingkan tapi SULTAN yang terguling. Itulah bahana Solat Hajat dari mereka yang dizalimi.

Allah SWT Maha Berkuasa. Jangan sekali-kali lupa perkara ini.

Wallahualam

Tulang Besi

ps jangan lupa doa Tulang Besi sambil mencium Kaabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular