Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 31, 2011

Perhimpunan Solidariti Bersama Rakyat Mesir di Kedutaan Mesir


Keadilan Daily | 31 Jan 2011, 12:14 pm 

Selepas hampir seminggu rakyat Mesir berjuang di jalan raya untuk menumbangkan Presiden Hosni Mubarak, beliau kini cuma tinggal bayangan kepada dirinya yang dahulu.

Hosni kini ‘berjuang’ mempertahankan kedudukannya di tengah-tengah kebangkitan rakyat Mesir yang terang-terang mahukan perubahan dan menolak beliau.
Menginsafi kebangkitan rakyat Mesir, Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menganjurkan satu himpunan aman ‘Solidariti Bersama Rakyat Mesir’ di hadapan Kedutaan Mesir bermula jam 11 pagi .
Laporan terkini
Puluhan Anggota Simpanan Persekutuan (FRU) bersenjatakan perisai, polis dan cota mengawal demonstrasi kira-kira 100 rakyat pelbagai kaum di hadapan kedutaan Mesir.
Pimpinan Pakatan Rakyat sedang menanti kebenaran polis untuk membenarkan penyerahan memorandum kepada Kdutaan Mesir.
(Berita lanjut menyusul)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular