Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

PENGARAH PELAJARAN JOHOR LETAK JAWATAN ???


Elok lah pengarah pelajaran Johor melepaskan jawatan beliau sebagai pengarah kerana bukan sahaja mencemarkan maruah sebagai pengarah pelajaran dan juga institusi pelajaran, malahan sikap beliau di lihat tidak profesional,bias,tidak mengikut perintah am bab c,dikenakan tindakan tatatertib,bersikap tidak jujur kepada guru dengan memaksa kaum guru menyokong kerajaan,beliau di nasihatkan dan di cabar agar bertanding di mana-mana kawasan pilihanraya akan datang atau di DUN Tenang....

PENGARAH TAK BERTAMADUN  Sumber

Pegawai kerajaan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof sambil menambah bahawa mereka perlu sentiasa menjaga tahap "profesionalisme" masing-masing.

Beliau mengulas kes seorang pegawai tinggi kerajaan di Johor yang menggesa para guru menyokong "kempen kerajaan" dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari depan.

Abdul Aziz menjelaskan, kakitangan kerajaan mesti mengenepikan "pandangan dan pendirian politik" masing-masing dan menjaga kesopanan "profesional" serta sentiasa bersikap berkecuali.

NONETarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut - ekoran
kematian penyandangnya dari BN, Datuk Sulaiman Taha - ditetapkan pada 22 Januari depan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, "adalah tidak salah" untuk kakitangan awam menjayakan dasar atau program kerajaan negeri.

"Baik Pakatan Rakyat atau BN, pegawai kerajaan perlu setia kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana (yang mentadbir negeri)," kata Abdul Aziz kepadaMalaysiakini.
"Tidak salahnya jika mereka memaklumkan kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, tetapi ianya berbeza bila seseorang kakitangan awam berkempen dan secara terbuka meminta mereka yang hadir, untuk mengundi, contohnya, BN atau PKR," tambahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular