Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Jange Bimbe - TG Nik Aziz


Nik Aziz minta Pakatan usah bimbang pertemuan 24 Dis

KOTA BARU, 12 Jan – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin pakatan pembangkang dan ahli PAS supaya tidak bimbang mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau memperkatakan perkara yang sama dengan apa yang sering dikatakannya sebelum ini.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, sikap saya sama saja sama ada bercakap di dalam atau di luar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya tidak timbul soal beliau perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong PAS dan pakatan pembangkang bagi menjelaskan pendirian parti itu berhubung perjumpaan itu.

Sebelum ini, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik dan pemergiannya adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz akan memberikan penjelasan mengenai isu pertemuan ‘24 Disember’ kepada pemimpin pakatan pembangkang dalam tempoh sehari dua lagi bagi mengelak spekulasi terus berlegar. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular