Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 3, 2011

Turun Harga Minyak Untuk Kawal Barang Naik


SHAH ALAM 3 FEB: Kerajaan perlu bertindak tegas untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan kenaikan harga barangan secara berterusan.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, kerajaan sepatutnya boleh mengawal keadaan ini sekiranya tidak berlaku kenaikan harga minyak sejak bulan lalu.

“Kenaikan harga minyak sudah semestinya disertai dengan kenaikan harga barangan yang lain,” katanya.

Hilangnya  keyakinan dikalangan peniaga terhadap kerajaan dalam usaha mengawal harga barangan memberikan ruang kepada mereka untuk menaikan harga barang.

Sekiranya situasi ini terus berlaku, ia akan membebankan rakyat.

 “Penurunan semula harga minyak akan mengembalikan keyakinan kepada rakyat,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia atau FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman mendesak supaya kerajaan mencari alternatif lain terutama perkara yang berkaitan dengan makanan bagi mengelakan situasi ini terus membebani rakyat.

“Kita minta kerajaan melakukan sesuatu dari segi memastikan barang-barang keperluan makanan kita ini mencukupi untuk keluaran kita sendiri misalnya memastikan kita mampu mengeluarkan beras seratus peratus begitu juga mencari makanan alternatif lain yang kita boleh hasilkan sendiri daripada kita bergantung kepada makanan yang kita import dari luar,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa kadar inflasi yang dilaporkan oleh Bank Negara dan kerajaan bahawa kadarnya adalah rendah  hanya sekadar mahu mengaburi mata rakyat tatkala realitinya harga barangan dan perkhidmatan terus naik mendadak.

Rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan harian dalam masa beberapa bulan sahaja jelas menunjukkan kerajaan mengambil tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Pada 1 Februari lepas, Petrol Ron 97 Naik RM0.10 lagi menjadikan harganya meningkat menjadi RM2.50 peningkatan kali keempat dalam tempoh 3 bulan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular