Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 2, 2011

Selangor peruntuk RM100,000 bantu mangsa banjir di Segamat dan Melaka


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Segamat, Johor dan beberapa kawasan di Melaka.
Menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, sumbangan berupa bekalan makanan itu akan diserahkan kepada 200 keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan masyarakat Tionghua esok.

“Kami akan berada di sana selama dua hari untuk menyerahkan sumbangan tersebut yang turut disertai oleh Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah (Syeikh Ismail), dan beberapa anggota AMK (Angkatan Muda KEADILAN),” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.com.

Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, walaupun Pakatan Rakyat tidak memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, namun pihaknya tidak pernah membelakangi rakyat yang dalam kesusahan.

“Kita tetap dengan pendirian untuk membantu rakyat supaya mereka tidak terbeban dengan masalah banjir. Buat masa ini, kita hanya tumpukan kepada makanan dahulu manakala bantuan pakaian pula akan menyusuri kemudian,” kata Zuraida.

Program berkenaan akan berlangsung pada jam 12.00 tengah hari dan sebelum itu satu taklimat ringkas berhubung sumbangan tersebut akan diadakan bersama mangsa terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular