Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 2, 2011

Umno, Yahudi .. Ada kaitan ke???


malaysia_mikvah
Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragamaJudais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.

Dalam laman web milik Andrew Harris (seorang Yahudi Australia), penulis serta juru gambar bebas, beliau telah menemuramah seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi yang menetap di Malaysia serta mempunyai kilang perusahaan sendiri di Kuala Lumpur.

Di dalam temu ramah bersama pemilik Malaysia Chabad Home iaitu Gary Braut, Andrew bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehidupan mereka sebagai Yahudi di Malaysia.

Dalam temu ramah itu juga Andrew mendedahkan Braut pernah beberapa kali berjumpa Dr. Mahathir serta mengenali rakan sekuliah Dr. Mahathir yang berbangsa Yahudi iaitu Dr. Yahya Cohen ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

Seperkara yang amat menarik perhatian ialah tentang pendedahan Braut bahawa Dr. Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri pernah membenarkan pelajar-pelajar dari Israel membuat lawatan dan berjumpa dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Ketika lawatan tersebut berlaku, Perdana Menteri Israel ialah Yitzak Rabin.

Sebenarnya, lawatan tersebut berlangsung pada 3 hingga 16 Mac 1997 yang disertai 16 belia Israel lelaki dan perempuan.

Delegasi pelajar dari sekolah tinggi Israel itu mengadakan lawatan di dua buah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Delegasi itu juga mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pendidikan dan beberap pegawai tinggi kerajaan.

Beberapa hari selepas itu, pasukan kriket Israel pula datang membuat perlawanan persahabatan dan ianya disambut dengan demonstrasi masyarakat awam yang menentang kedatangan pasukan tersebut. Malangnya, sebahagian pendemostrasi ditahan oleh pihak keselamatan (lihat The Straits Times edisi 5 dan 9 April 1997)
solatframe1
(Gambar) bahagian kilang milik Gary Braut juga terdapat bingkai ayat Al-Quran. Mungkin Braut juga tahu serba sedikit bahasa Arab dan memahami budaya umat Islam Malaysia.
mikvahgary1
(Gambar) Rumah Braut di Kuala Lumpur.
Kata Braut tentang keadaan kehidupannya di Malaysia perlu kita perhatikan, katanya;“More comfortable than Brooklyn, that’s for sure.”
Dan Zionis ini telah membangun kan persatuan Yahudi Malaysia yang beralamat di,
JEWISH CONTACTS IN MALAYSIA:
  • The Jewish Cemetery, Penang
    Neighborhood: Georgetown

    Tel: +60 4 2...
    (Penang Tourist Centre)Address: Jalan Zainal Abidin
    Penang MY, 10400

Jewish Congregation
28 Nagore Road
Penang

Mr. Gary Braut
Precision Bearing
17502 Jalam 4 Taman Selayang Baru
Industrial Area Kuala Lumpur 68100 Malaysia
Tel: 603-6138-6200
Fax: 603-6138-6206
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular