Isu yang sedang hangat saban hari di media-media dalam dan luar negara kebelakangan ini adalah berkenaan isu kebangkitan rakyat Mesir ke atas pemimpin zalim presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diperalatkan oleh Yahudi Amerika.
Lantaran keadaan yang tidak terkawal di Mesir, rakyat Malaysia terutama pelajar yang tinggal di sana digesa untuk dibawa pulang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Banyak pihak termasuk keluarga rakyat Malaysia di Mesir, NGO, Pembangkang dan orang awam menggesa kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir memandangkan keadaan dilihat semakin buruk.
Dalam kekalutan pihak yang terlibat merancang strategi untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir demi keselamatan nyawa mereka, ada pihak tidak bertanggung jawab mempersoalkan sokongan politik kebanyakkan pelajar Malaysia di Mesir yang rata-ratanya menyokong Parti Islam se-Malaysia, PAS.
Di bawah ini screenshot yang diambil dari blogger terkenal pro kerajaan parpukari yang lantang sekali memperjuangkan Melayu, tanpa menyedari bahawa dia sendiri bukan Melayu (perasan Melayu)
Di bawah ini pula screen shot dari blog pro kerajaan, RBF yang juga merupakan salah satu blog terkenal. Malah diiktiraf sebagai "Blogger kita" oleh akhbarpencacai kerajaan Utusan Malaysia.
Tak ada apa yang nak dihairankan, blogger pencacai UMNO BN memang begini, apa yang penting bagi mereka hanyalah mengampu kerajaan. Lihatlah, di saatnyawa rakyat Malaysia bagaikan telur dihujung tanduk, blogger pengampu kerajaan masih sempat untuk mempolitikkan isu ini. Apa yang penting bagi blogger upahan ini, hanyalah mengampu "tuan" mereka, nasib rakyat, kebajikan rakyat, boleh pergi mampos!
Kalau dilihat, para pelajar ini kebanyakkannya dihantar ke Mesir untukmendalami ilmu agama, akhlak, ibadah, sejarah Islam malah memahami prinsip maqasid syariah tentang hubungan pemimpin dan rakyat jelata. Apabila mereka mendalami ilmu ini, dan berjaya menjadi insan-insan yang bijak pandai, mereka melihat ke tanah air mereka Malaysia, membuat perbandinganadakah pemerintahan yang dilakukan oleh Kerajaan selari dengan ilmu yang mereka pelajari?
Apabila ilmu mereka dimanfaatkan, jelas sekali salah satu proses memanfaatkan ilmu Agama Islam yang telah dipelajari secara mendalam telah memaksa para pelajar yang bijak pandai ini untuk menegur pentadbiran kerajaan yang dilihat tidak selari dengan ilmu yang mereka pelajari. Jika tidak dimanfaatkan, ilmu ini akan menjadi beban apabila ditanya oleh Allah di hari akhirat kelak, maka mereka memilih untuk memanfaatkan ilmu.
Sayangnya, apabila ilmu mereka yang bijak pandai di dalam Agama ini dimanfaatkan dan digunakan sebaik-baiknya, mereka dituduh menentang kerajaan. Sepatutnya kerajaan menerima pandangan atau teguran ahli agama dari timur tengah ini, ataupun sekurang-kurangnya mengkaji mengapa para ilmuan agama menentang kerajaan.
Tapi apa yang berlaku, bila ditegur oleh ahli agama yang jelas sekali ternyata lebih pakar dari mereka, ilmuan ini pula yang dikatakan sebagai sesat!
ReJaM© "Kebijaksanaan rakyat berkadar langsung dengan kerisauan kerajaan UMNO BN"