MAT INDERA: PERTEMPURAN MENENTANG PENJAJAH BRITISH
Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.
Mat Indera terkenal di kalangan massa sejak masa aman lagi sebagai guru agama dan pemimpin buruh pelabuhan Muar. Langgam memimpinnya yang bijak, cekap dan gagah berani dalam pertempuran menyebabkan massa rakyat menganggapnya sebagai "kebal", "boleh mengghaibkan diri" dan lain-lain. Seorang lagi pahlawan terkenal anak Johor ialah Atan Karim yang juga rakan seperjuangan Mat Indera, pernah bersama-sama dalam Kesatuan Buruh Pelabuhan Muar, memiliki semangat nasionalisme yang tinggi dan gagah berani dalam pertempuran.
Antara pertempuran yang menonjol dilakukan kawan-kawan Johor ialah:
Pada bulan Oktober 1948, satu regu pasukan Melayu Johor di bawah pimpinan Mat Indera menyerang seorang manager British bersama 5 orang askar upahan penjajah di sebuah estet getah di Batu 6, Jalan Muar - Air Hitam. 4 orang musuh terbunuh termasuk manager British manakala 2 orang lagi dicederakan dan 4 laras senjata beserta sejumlah peluru dan alat ketenteraan lainnya dirampas.
Pada bulan Oktober 1948, sepasukan kawan-kawan Johor yang berkhemah di atas sebuah bukit telah diserang mendadak oleh 2 platun askar upahan penjajah. Satu seksyen perajurit di bawah pimpinan Atan Karim melakukan pertempuran bertahan yang kencang untuk melindungi pasukan berundur. Mereka berjaya menembak mati 20 orang musuh dan berundur dengan selamat.
Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.
Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tak putus-putus melaungkan seruan "surrender", "buang senapang tak mati", agar polis-polis itu terselamat dari maut. Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan mati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru.
Selepas pertempuran itu, Mat Indera memimpin rapat umum di kalangan massa. Mat Indera telah menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberangsang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan.
Pertempuran menyerang Balai Polis Bukit Kepung mencerminkan betapa sengit dan menggeloranya perjuangan untuk kemerdekaan Malaya. Akan tetapi sayangnya ia telah disalah ertikan sebagai "keganasan" oleh penjajah dan juga oleh sebilangan orang yang berpendirian menyokong penjajahan. Sebuah filem Peristiwa Bukit Kepung telah diterbitkan untuk memutarbelitkan sejarah. Dalam filem itu, mereka yang membela penjajah dikatakan sebagai "pejuang, pahlawan" manakala yang berjuang menentang penjajah dikatakan sebagai "pengganas". Ini benar-benar terbalik 180 darjat.
Filem itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan massa rakyat. Golongan patriotik - demokratik menentang filem tersebut kerana memutarbelitkan kenyataan sejarah. Keluarga Mat Indera juga mengutuk filem itu kerana tidak betul dengan kenyataan sebenarnya.

KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com