Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 23, 2011

Tiada kebebasan rakyat bersuara dalam negara merdeka


ALOR SETAR – Negara sudah merdeka, namun kebebasan rakyat untuk bersuara masih belum merdeka. Jika ada yang berani, pasti hukuman menanti.

Parlimen, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kebebasan bersuara diberi jaminan dalam Islam, diharuskan dan dibenarkan sebagai satu prinsip utama dalam maqosid syariah.

“50 tahun kita sudah merdeka, masih ada lagi polemik, dan saya juga melihat ada juga orang-orang agama, iaitu mereka yang punyai pendidikan agama, yang mengatakan kita 50 tahun merdeka, kita belum bersedia memberi kebebasan kepada rakyat.

“Tetapi semata-mata orang pertikai suatu dasar, mengungkit isu penyalahgunaan kuasa, rasuah, itu tak boleh menyebabkan orang itu dihukum, ini yang disebut maqosid syariah,” ujar beliau pada program Bicara Tokoh yang diadakan di dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Islam tidak membicarakan soal kebebasan sebagai sama dengan apa yang ditekankan dengan pengalaman barat. Kebebasan itu dikaitkan dengan keadilan yang berteraskan maqosid.

“Sebagai contoh, saya ajukan kes fitnah terhadap saya ke mahkamah syariah, siap siasatan, tetapi dihalang oleh menteri agama.

“Jadi bagaimana saya nak boleh terangkan maqosid syariah begini di tengah-tengah rakyat, bila mahkamah syariah sendiri dipermainkan sebagai alat politik yang jijik dan kotor.

“Sebab itu cabaran kita ini bukan kerana politik kepartian atau semasa, tetapi soal keyakinan kita untuk keselamatan semua rakyat di negara ini,” ujar beliau yang berpengalaman dalam beberapa dialog dan perbahasan di universiti-universiti barat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular