LABIS: PAS Johor mahu melihat sejauh mana komitmen serta kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap salahlaku yang didakwa dilakukan pegawai kerajaan dan juga BN.
Kebiasaannya agensi-agensi terbabit begitu pantas bertindak terhadap kes-kes yang melibatkan Pakatan Rakyat, oleh kerana itu perkara yang sama juga mesti dilakukan walaupun ia melibatkan penjawat awam dan BN.
Kebiasaannya agensi-agensi terbabit begitu pantas bertindak terhadap kes-kes yang melibatkan Pakatan Rakyat, oleh kerana itu perkara yang sama juga mesti dilakukan walaupun ia melibatkan penjawat awam dan BN.
“Kita tidak mahu pihakpihak terbabit mengamalkan sikap double sandard kerana amalan seumpama ini hanya akan mencemarkan profesionalisme mereka,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad, di sini, 7 Januari lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Timbalannya, Dzulkefly Ahmad, membuat laporan polis terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Markom Giran, yang didakwa secara terang-terangan telah menyalahgunakan kedudukannya berkempen bagi pihak BN.
Hadir sama Ketua Penerangan PAS negeri, Mazlan Aliman serta beberapa pimpinan lainnya.
Markom adalah penjawat awam Kumpulan DG 54 yang memangku Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) Gred C, didakwa telah berkempen bagi pihak BN di beberapa sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, baru-baru ini.
Beliau didakwa melakukan perbuatan tidak beretika ini ketika mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Ibrahim, 31 Disember 2010 (9.00 pagi– 12.30 tengahari), Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, 3 Januari 2011 (12.00- 1.30 petang), SK Pekan Air Panas, 3 Januari 2011 (11.00 – 11.45 pagi), SK Felda Chempelak, 3 Januari 2011 (9.00 – 10.00 pagi) dan SMK Tenang Station, 3 Januari 2011 (3.00– 5.00 petang).
Selain itu beliau juga turut didakwa memberi tekanan kepada Pengetua dan Guru Besar di Dun Tenang supaya mengundi BN di samping turut memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling di Daerah Segamat supaya berkempen untuk memenangkan BN pada pilihan raya kecil 30 Januari depan.
Menurut Dr Mahfodz, tindakan penjawat awam tersebut melanggar peraturan ditetapkan adalah perbuatan yang sangat memalukan melampau selain boleh dikenakann tindakan sewajarnya.
Beliau turut menjelaskan, laporan polis ini juga merupakan pilot projek yang akanmdisusuli dengan beberapa, siri laporan lain jika didapati berlaku pelanggaran peraturan pilihan raya oleh Umno-BN selepas ini.
Sehubungan itu Dr Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat, mendesak agensi-agensi terbabit menjalankan siasatan segera ke atas penjawat awam tersebut serta mengambil tindakan yang setimpal di atas kesalahan yang dilakukan.