Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 30, 2011

LIVE - Till 3:45 p.m - DUN TENANG

12:13
Pakatan Rakyat mendakwa SPR berkemungkinan melanjutkan tempoh pengundian sehingga jam 7 petang ini.
12:15
4 buah bot Pertahanan Awam Malaysia kini dibawa masuk ke pekan Air Panas bagi mengangkut pengundi terlibat banjir.
12:19
Perayu undi dan petugas parti dilihat sedang berkejar mengalihkan kenderaan yang diletak di sepanjang jalan di kampung Air Panas ekoran air mula melimpah.
12:20
Beberapa batang jalan di air panas mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. Ianya sekaligus menyukarkan pergerakan kenderaan.
12:22
Jalan keluar dari Air Panas sesak teruk ekoran orang ramai mahu menyelamatkan kenderaan dari terkandas banjir.
12:35
Expand
Bot Pertahanan Awam Malaysia dibawa masuk ke Air Panas.
12:40
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 48.93 peratus atau 7,219 pengundi keluar mengundi.
12:54
Beberapa buah kereta mati dan terpaksa ditolak ekoran melalui jalan yang dinaiki air di kawasan SMK Kamarul Ariffin.
12:55
Expand
12:55
Jalan dari kedua-dua arah menuju ke Air Panas kini sesak teruk ekoran beberapa tempat di sepanjang jalan dinaiki air.
1:03
Expand
1:05
Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.
1:09
Di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tengah hari tadi sudah mencapai 70.8 peratus.
1:19
Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ.
1:26
Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 8,167 pengundi atau dalam peratusan 55.36 peratus menurut SPR.
1:36
SK Kampung Tenang - Dilaporkan 6 buah trak polis dan jip tanpa stiker SPR memasuki pusat pembungan undi. Tujuan tidak diketahui.
1:41
Cikgu Mala sekarang menuju ke SMK Tenang. Beberapa jalan dilalui sudah di dinaiki air dan kenderaan bergerak perlahan.
1:51
Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut
2:08
Kebanyakan jalan kini ditutup kepada kenderaan ringan. Pergerakan di Tenang kini terbatas.
2:09
Pasukan penyelamat kini giat menjalankan usaha memindahkan penduduk dan mengambil pengundi untuk dibawa ke tempat pengundian
2:31
Seramai 846 orang penduduk di Tenang dibawa ke pusat pemindahan berikutan banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kg Usaha Jaya, Kg Air Panas dan Kg Batu Badak.
2:32
Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil.
2:37
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran banjir dan kebanyakan jalan ditutup.
2:42
"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.
2:48
Menurut SPR, setakat jam 2 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 61.17 peratus iaitu 9,025pengundi.
2:54
VIDEO: Cikgu Mala melawat tempat mengundi
http://www.youtube.com/watch?v=2vaBvLGIy7M
3:28
Laluan banjir teruk menuju ke dua pusat pengundian. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.
3:36
Expand
Jalan utama dari Pekan Labis ke Segamat dipenuhi air bercampur lumpur dari bukit akibat hujan yang tidak berhenti dari tengah hari tadi.
3:37
Kebanyakan kenderaan kecil yang cuba melepasi Tenang menuju ke Segamat terpaksa berpatah balik ekoran beberapa tempat sepanjang laluan kini hampir terputus sepenuhnya akibat banjir.
3:39
Expand
Jalan utama dari Labis ke Segamat yg mula dinaiki air.
3:42
Expand
3:44
Setakat jam 3 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang meningkat kepada 65.19 peratus iaitu 9,618 pengundi.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular