Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 30, 2011

Kronologi Penuh DUN TENANG

8:00
Langsung proses pengundian PRK N.05 Tenang
8:01
Sejumlah 14,554 pengundi di Dun Tenang akan menunaikan tanggungjawab hari ini.

Tenang mempunyai 14,673 pengundi berdaftar dengan 199 adalah pengundi pos yang telah selesai membuang undi lebih awal.

8:04
Hujan lebat di Labis sejak awal pagi. Cuaca diramalkan mendung di sebelah pagi manakala hujan di sebelah petang.
8:18
Jalan utama Pekan Labis - Kampung Tenang - Chemplak - Bandar Labis kelihatan masih belum dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.
8:18
Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih terkawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.
8:34
Pekan Tenang masih tenang, keadaan jalan raya juga masih lengang, tidak seperti hari mengundi PRK lain sebelum ini.
8:44

Jumlah pengundi mengikut komposisi kaum ialah 47.7 peratus pengundi Melayu, Cina 39.08 peratus dan India 12.07 peratus.
8:44
PAS diwakili Normala Sudirman manakala BN diwakili Mohd Azahar Ibrahim.
8:47
Peti undi telah dibuka jam 8.00 pagi tadi. Pengundi keluar perlahan ekoran keadaan hujan renyai-renyai.
8:51
Di Sekolah Kebangsaan Tenang, kelihatan penyokong kedua-dua parti tetap merayu undi di sepanjang jalan ke pusat pengundian meskipun dalam keadaan hujan lebat.
9:08
Di Sek Keb Kamarul Ariffin, Labis, hanya sebilangan kecil perayu undi dari kedua-dua pihak berada di sini. Mereka masing-masing berpayung dan berbaju hujan.
9:15
Calon PAS, Cikgu Mala sudah mula bergerak melawat ke UPU Kampung Redung, Pusat Mengundi di SK Kampung Tenang.
9:27
Dari UPU Kampung Redong, 50 peratus pengundi sudah keluar mengundi. Tiada sebarang provokasi dilaporkan berlaku.
9:29

Expand
Antara pengundi yang tetap keluar untuk menunaikan tanggungjawab walaupun dalam cuaca hujan.
9:33

Expand
Perayu undi yang berada di bahu jalan mula bertambah.
9:35
Di Sek Keb LKTP Kemelah, ramai perayu undi di sini. Sek Keb LKTP Kemelah merupakan tempat calon PAS, Normala Sudirman atau Cikgu Mala mendapat mendidikan awal dan kemudiannya kembali mengajar di sini selepas tamat belajar di Maktab Perguruan Bainun.
9:35

Expand
9:40

Expand
Salah seorang pengundi kaum Cina di SMK Kamarul Ariffin
9:41
Di SK Pekan Air Panas, dua saluran mengundi dibuka. Mengiringi Cikgu Mala, suaminya dan pimpinan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Senator Mumtaz dan YB Dr. Mariah Mahmud.
9:47

Expand
Suasana mengundi di Sek Keb LKTP Kemelah
9:50
Calon PAS, Normala Sudirman atau Cikgu Mala dijangka tiba di Sek Keb LKTP Tenang bila-bila masa.
9:53

Expand
9:53
Calon PAS dijangka tiba di SMK Kamarul Ariffin jam 10.15 pagi.

Di SMK Kamarul Ariffin, kelihatan pengundi mula bertali arus keluar mengundi walaupun hujan semakin lebat. Majoriti pengundi di kawasan ini dari kaum Cina.
9:54

Expand
9:58

Expand
Petugas SPR membantu pengundi warga emas.
9:59
Di SK LKTP Chemplak - Lebih 100 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Keadaan hujan lebat tidak menghalang pengundi keluar awal.
10:00

Expand
10:03
Peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.
10:19
Kebanyakan pengundi Orang Asli keluar mengundi dengan memakai baju bewarna oren bercetak logo 1Malaysia.
10:20

Expand
10:20
Hujan semakin lebat di Labis, bagaimanapun tidak menghalang penyokong merayu undi di sepanjang jalan menuju pusat-pusat mengundi.
10:22
Pengundi masih bertali arus keluar ke pusat pengundian walaupun dalam keadaan hujan semakin lebat.
10:26
Cikgu Mala tiba di Sek Keb LKTP Tenang. Beliau disambut laungan takbir penyokong yang merayu undi.
10:26

Expand
10:26
Beliau kini membuat lawatan ke semua saluran disini dan bertemu petugas SPR dan pengundi.
10:28
Difahamkan beberapa tempat di sini mula dinaiki air.
10:29
Cikgu Mala ketika ditemui Harakahdaily di sini berkata, beliau yakin pengundi tetap akan keluar mengundi walaupun cuaca hujan lebat hari ini.
10:30
"Saya yakin pengundi akan tetap keluar mengundi walau apa cuaca sekalipun demi memilih calon terbaik mewakili mereka ke Dun Johor".
10:32
Difahamkan penduduk kampung Lembah Bakti, Labis mula dipindahkan ekoran banjir.
10:42
Di SMK Kamarul Ariffin - Pengundi Melayu kurang keluar mengundi, rumah banyak ditenggalami air hujan. Saluran 2 telah ramai keluar mengundi.
10:43
"Mudah mudahan hujan ini adalah bantuan Allah SWT," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh. Beliau ditemui semasa mengiri calon melawat pusat pengundian Sek Keb LKPT Tenang.
10:46
Calon PAS, Cikgu Mala kini bergerak menuju ke Sek Men Kamarul Ariffin.
10:47
Beliau ditemani suami, Makrof Abd Mutalib, Ustazah Nuridah Saleh, Senator Mumtaz dan YB Dr. Mariah.
10:53

Expand
11:04
"Saya lihat proses pengundian lancar, saya ucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan dan SPR," kata Cikgu Mala.
11:06
Sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi.
11:08

Expand
Lalu lintas di salah sebuah pusat pengundian semakin sesak.
11:29
Calon PAS, Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin kira-kira jam 11 pagi.

Beliau diiringi Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Mumtaz Md Nawi dan AJK Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud.
11:30
Normala sempat menyantuni petugas-petugas SPR dan pengundi-pengundi di situ.

Normala dalam respon awalnya berkata, beliau berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan lancar hari ini.
11:30
"Faktor cuaca iaitu hujan lebat ternyata tidak menghalang pengundi untuk keluar mengundi," katanya kepada pemberita.
11:31
Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.
11:35

Expand
Cikgu Mala ketika tiba di SMK Kamarul Ariffin
11:39

Expand
Cikgu Mala bertanya suasana mengundi kepada pegawai SPR di SMK Kamarul Ariffin
11:43

Expand
Cikgu Mala bersama pengundi Cina di SMK Kamarul Ariffin
11:44
Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air.
11:44

Expand
11:51

Expand
12:11
Beberapa trak dan kenderaan askar diguna untuk memindahkan penduduk yang terbabit banjir di Lembah Bakti.
12:11
SPR menjangkakan proses membuang undi tetap akan lancar kerana kawasan dilanda banjir hanya melibatkan kampung penduduk dan bukan pusat mengundi.
12:13
Pakatan Rakyat mendakwa SPR berkemungkinan melanjutkan tempoh pengundian sehingga jam 7 petang ini.
12:15
4 buah bot Pertahanan Awam Malaysia kini dibawa masuk ke pekan Air Panas bagi mengangkut pengundi terlibat banjir.
12:19
Perayu undi dan petugas parti dilihat sedang berkejar mengalihkan kenderaan yang diletak di sepanjang jalan di kampung Air Panas ekoran air mula melimpah.
12:20
Beberapa batang jalan di air panas mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. Ianya sekaligus menyukarkan pergerakan kenderaan.
12:22
Jalan keluar dari Air Panas sesak teruk ekoran orang ramai mahu menyelamatkan kenderaan dari terkandas banjir.
12:35

Expand
Bot Pertahanan Awam Malaysia dibawa masuk ke Air Panas.
12:40
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 48.93 peratus atau 7,219 pengundi keluar mengundi.
12:54
Beberapa buah kereta mati dan terpaksa ditolak ekoran melalui jalan yang dinaiki air di kawasan SMK Kamarul Ariffin.
12:55

Expand
12:55
Jalan dari kedua-dua arah menuju ke Air Panas kini sesak teruk ekoran beberapa tempat di sepanjang jalan dinaiki air.
1:03

Expand
1:05
Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.
1:09
Di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tengah hari tadi sudah mencapai 70.8 peratus.
1:19
Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ.
1:26
Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 8,167 pengundi atau dalam peratusan 55.36 peratus menurut SPR.
1:36
SK Kampung Tenang - Dilaporkan 6 buah trak polis dan jip tanpa stiker SPR memasuki pusat pembungan undi. Tujuan tidak diketahui.
1:41
Cikgu Mala sekarang menuju ke SMK Tenang. Beberapa jalan dilalui sudah di dinaiki air dan kenderaan bergerak perlahan.
1:51
Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut
2:08
Kebanyakan jalan kini ditutup kepada kenderaan ringan. Pergerakan di Tenang kini terbatas.
2:09
Pasukan penyelamat kini giat menjalankan usaha memindahkan penduduk dan mengambil pengundi untuk dibawa ke tempat pengundian
2:31
Seramai 846 orang penduduk di Tenang dibawa ke pusat pemindahan berikutan banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kg Usaha Jaya, Kg Air Panas dan Kg Batu Badak.
2:32
Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil.
2:37
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran banjir dan kebanyakan jalan ditutup.
2:42
"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.
2:48
Menurut SPR, setakat jam 2 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 61.17 peratus iaitu 9,025pengundi.
2:54
VIDEO: Cikgu Mala melawat tempat mengundi
http://www.youtube.com/watch?v=2vaBvLGIy7M
3:28
Laluan banjir teruk menuju ke dua pusat pengundian. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.
3:36

Expand
Jalan utama dari Pekan Labis ke Segamat dipenuhi air bercampur lumpur dari bukit akibat hujan yang tidak berhenti dari tengah hari tadi.
3:37
Kebanyakan kenderaan kecil yang cuba melepasi Tenang menuju ke Segamat terpaksa berpatah balik ekoran beberapa tempat sepanjang laluan kini hampir terputus sepenuhnya akibat banjir.
3:39

Expand
Jalan utama dari Labis ke Segamat yg mula dinaiki air.
3:42

Expand
3:44
Setakat jam 3 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang meningkat kepada 65.19 peratus iaitu 9,618 pengundi.
3:54

Expand
3:54
Jalan masuk dari Pekan Labis menuju ke Felda Tenang dan Air Panas ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
3:56
Kelihatan trak tentera membawa bot memasuki kawasan berkenaan.
4:05

Expand
4:11
Pihak polis yang ditemui wartawan Harakahdaily memberitahu sebanyak 3 buah bot disediakan untuk mengangkut mangsa banjir yang terperangkap.
4:14

Expand
Sebuah kereta yang ditelenggami banjir di Pekan Labis.
4:15
Petugas PAS di Ladang Labis Utara terputus hubungan dengan luar, jalan keluar masuk ke tempat mengundi dinaiki air.
4:18

Expand
4:25

Expand
Polis sedang menurunkan bot dari trak.
4:32
Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.
4:34
Kira-kira setengah jam lagi semua pusat pengundian akan ditutup.
4:36
Polis mula mengawal lalu lintas di Jalan menuju ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis sebagai persediaan untuk proses penghantaran peti undi dari setiap unit peti undi.
5:00
Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.


LIVE UPDATE PROSES dan KEPUTUSAN PENGUNDIAN  di (SINI)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular