Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 31, 2011

Konsesi Air: Tempoh tawaran tamat, Selangor bincang dengan persekutuan


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang mengadakan perbicangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mengembalikan hak air kepada rakyat di negeri itu.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, perbincangan itu susulan tawaran untuk mengambilalih empat syarikat konsesi air di Selangor, menemui jalan buntu apabila ke empat syarikat berkenaan sebulat suara menolak tawaran tersebut yang berakhir pada jam 5 petang semalam.
“Kami mengesa Kerajaan Persekutuan berunding dengan kerajaan Selangor bagi mencari jalan penyelesaian yang munasabah bagi mengembalikan hak air kepada rakyat. Jalan penyelesaian ini perlu agar hak rakyat mendapat perkhidmatan air yang berkualiti dan cekap tidak dinafikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Khalid, beliau percaya tawaran itu ditolak kerana sebahagian konsesi tersebut bakal menghadapi kekurangan bon kerana Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) belum melunaskan bayaran kepada mereka walaupun Ketua Pegawai Eksekutifnya dibayar gaji dan dividen sebanyak RM425,000 sebulan.
“Ini disebabkan Syabas gagal membuat bayaran menepati masa dan mencukupi kepada syarikat pembekal air bersih iaitu Abbas dan Splash,” katanya.
Justeru, kerajaan Selangor akan membincangkan perkara itu dengan Kerajaan Persekutuan kerana cadangan membawa isu tersebut ke Timbangtara Antarabangsa juga tidak disambut baik oleh syarikat-syarikat berkenaan.
Tawaran pengambilalihan tersebut dibuat kepada keempat-empat syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).
“Daripada empat syarikat terbabit, Splash menolak secara rasmi melalui surat pada 27 Januari lalu manakala Syabas dan Puncak Niaga mahu penjelasan lanjut dan ia diberikan kerajaan negeri pada 28 Januari . Abbas pula menerima tawaran dengan persetujuan bersyarat,” kata Khalid.
Walaupun begitu, katanya, tawaran tersebut dianggap luput kerana empat syarikat terbabit gagal menerimanya sebulat suara.
“Namun, tawaran itu tetap dikira luput kerana tawaran kepada empat syarikat itu adalah inter-conditional, empat syarikat itu mesti menerima secara bersama,” jelas beliau.
Kerajaan Selangor sebelum ini tetap menawarkan untuk membeli Syabas walaupun Syabas berkeras menyaman kerajaan Selangor RM471 juta kerana tidak membenarkan mereka menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus.
Syabas mahu menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus walau pun dibantah rakyat Selangor yang turun ke jalan dan mengadakan perhimpunan aman menyuarakan bantahan mereka 5 Disember lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular