from SelangorKini Online
SHAH ALAM, 12 Jan – Kira-kira 400 orang berarak dari Dataran Shah Alam ke pejabat Kerajaan Negeri Selangor di sini bagi menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan rakyat kepada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Selain itu rakyat turut menyokong usaha kerajaan Selangor mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar.
Perarakan tersebut bersamaan dengan Program Pelancaran Himpunan Rakyat Selangor bersama Kelab Penyokong Menteri Besar (MBSC) dengan usaha untuk mengumpul sejuta tandatangan rakyat Selangor menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dikepalai Pengarah Komunikasi Selangor Dr Badrul Amin Bahrom menyerahkan tandatangan sokongan kepada Tan Sri Khalid.
Pelbagai ragam dilihat dalam perhimpunan berkenaan ada yang membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan “Daulat Tuanku”, “Hidup Rakyat” dan “Hidup PR (Pakatan Rakyat).
Kumpulan itu, sebahagian memakai baju MBSC dan Skuad Komunikasi Selangor.
Dalam ucapan ringkasnya, menteri besar berkata berjanji akan terus menunaikan tanggungjawab untuk berlaku amanah, bersih dan cermat mentadbir negeri.
“Saya amat terharu atas sokongan ini,” katanya.
Manakala Badrul Amin pula mencabar parti lawan Umno supaya menerima cadangan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan jawatan tertinggi negeri, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
“Kuasa ini telah dirampas oleh Umno pada tahun 1993,” katanya disambut sorakan daripada peserta.
Majlis itu bersurai setelah Hasan membacakan doa untuk kesejahteraan kerajaan Selangor bawah Pakatan.
Turut hadir exco Selangor Hasan Ali, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Iskandar Samad, Ean Yong Hian Wah dan beberapa wakil rakyat Pakatan, antaranya Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat), Gan Pei Nei (PKR-Rawang).