from kamisokongpas | O |
Minggu ini,satu surat aduan yang telah ditulis oleh seorang peguam Cina tersebar di internet.Peguam tersebut, yang dipercayai sebagai ahli seumur hidup MCA yang bernama Ng Kian Nam adalah seorang penduduk di kejiranan Pantai Hill Park,kawasan Pantai Dalam Kuala Lumpur.Penulis tertarik dan terpanggil untuk meneliti perkara ini memandangkan ianya berlaku dalam kawasan tempat tinggal penulis sendiri di kawasan Pantai Dalam.
Dipetik dari sumber di payahsungguh.blogspot, berikut dilampirkan kembali surat yang telah diutuskan oleh peguam MCA tersebut:
Dipetik dari sumber di payahsungguh.blogspot, berikut dilampirkan kembali surat yang telah diutuskan oleh peguam MCA tersebut:
Helaian Satu |
Helaian Dua |
Berikut penulis tulis kembali surat Peguam MCA tersebut seperti di bawah:
1-21-4 Phase 2
Pantai Hill Park
Pantai Dalam
59600 Kuala Lumpur
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak MELALUI FAKS DAN FACEBOOK
Perdana Menteri Malaysia
20.12.2010
Perdana Menteri,
Kawalan Bunyi Sembahyang dari Masjid Al-khadijiah Pantai Dalam,Kuala Lumpur
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Pantai Hill Park |
2.Sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri,walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyatakan masalah saya,termasuk kepada JPA,MCA dan Gerakan.
3.Sebagai seorang penghuni yang telah lebih 5 tahun menghuni di Pantai Hill Park,saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al Khadijiah Pantai Dalam yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah.
4.Walaubagaimanapun sejak beberapa bulan lalu,saya mendapati bunyi tersebut tiba-tiba menjadi amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 am.Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat yang paling tinggi,iaitu tingkat 21,dan jarak Pantai Hill Park dari Masjid tersebut adalah 1km.Menurut khabar angin,Imam yang baru telah ditukar ke masjid ini.
4.Saya juga pernah menelefon Pejabat Polis Kuala Lumpur,dan menurut pegawai atasan di sana,tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid,dan lagi kuat bunyi lagi baik,untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.
5.Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan,tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam premis persendirian juga harus dihormati.Saya berpandangan kekuatan pembesar suara di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama,mesti dikawal oleh pihak berkuasa tertentu,melalui peraturan saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel(dB),dan tidak boleh mengatasi undang-undang.Seperti di rumah kampung saya di Seremban,didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.
6.Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,saya berpendapat Barisan Nasional tidak boleh mengelak dari masalah ini.Kawasan tanah ini diwartakan oleh Kerajaan Wilayah Persekutuan sebagai tempat kediaman, maka hak kita untuk mendiami rumah sendiri dalam keadaan aman dan sunyi harus dipertahankan.Ini merupakan hak asasi manusia yang begitu asas,di bawah Perlembagaan Persekutuan mahupun Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.Ini juga tidak mempengaruhi status Agama Islam sebagai agama rasmi negara, kerana umat Islam juga boleh bersembahyang dengan aman dalam masjid atau surau yang berdekatan.
Sekian...
HAK ASASI VS HAK ALLAH
Adalah satu perkara yang memalukan dalam masa kurang dari sebulan,apabila dua perkara yang mencabar kedaulatan Islam di kawasan majoriti Melayu-Islam di Kuala Lumpur iaitu di kawasan Pantai Dalam.Awal bulan Disember lalu,kawasan Pantai Dalam dikejutkan dengan satu insiden yang menggemparkan apabila pihak berkuasa DBKL cuba untuk merobohkan Surau Al-Falah di kawasan Pantai Permai. Walaubagaimanapun,surau tersebut terselamat daripada tindakan roboh daripada pihak bandaraya apabila isu ini menjadi tumpuan umum di seluruh negara.
Terbaru,kawasan Pantai Dalam dikejutkan dengan satu pucuk surat yang dihantar oleh seorang peguam Cina yang mempertikaikan bunyi azan yang terlampau kuat di Masjid Al-Kadijiah Pantai Dalam.Penulis ketika mula membaca surat tersebut berasa pelik dengan beberapa perkara dalam isu tersebut,terutamanya nama masjid yang menjadi pertikaian tersebut.Sebenarnya,untuk makluman semua pihak,Masjid yang dimaksudkan oleh peguam Cina tersebut bukanlah Masjid Al-Khadijiah dalam kawasan Pantai Dalam tetapi sebaliknya adalah Masjid Al-Ikhlasiah dalam kawasan Kerinchi.
Secara umumnya,Masjid Al Khadijiah terletak di tepi Lebuhraya Pantai Baru,berhampiran kawasan Stesen Komuter Pantai Dalam.Kawasan masjid tersebut tidak dikelilingi oleh kawasan perumahan kecuali beberapa lot rumah dua tingkat di kanan dan belakang masjid.Malah,jarak Masjid Al-Khadijiah ke kawasan kondominium mewah di Pantai Hill Park adalah sejauh lebih kurang lima hingga enam kilometer.
Adapun kawasan Pantai Hill Park terletak dalam kawasan Bukit Angkasa.Masjid yang berhampiran dengan kawasan tersebut adalah Masjid Al-Ikhlasiah Kerinchi.Oleh itu,masjid yang mungkin dimaksudkan oleh peguam Cina tersebut adalah masjid Al-Ikhlasiah kerana secara logiknya jarak masjid ke kawasan Pantai Hill Park adalah sekitar satu kilometer.Kesilapan peguam Cina untuk menamakan masjid secara tepat dari segi teknikalnya adalah penting sekiranya dia menginginkan tindakan diambil ke atas masjid berkenaan.
Apapun,bukanlah isu kesilapan nama masjid yang perlu diperbesarkan dalam hal ini,tetapi lebih kepada bagaimana kroniknya masalah perkauman dan sentimen keagamaan di negara kita pada masa ini. Jika dilihat kepada hujah-hujah peguam Cina tersebut dalam mempertikaikan kekuatan bunyi azan,ternyata Perlembagaan Persekutuan masih belum mampu menjamin kedaulatan Islam sebagai agama rasmi sehinggakan kekuatan laungan azan sendiri telah dilihat dari sudut undang-undang negara itu sendiri.Adakah peguam Cina tersebut mahu Malaysia mewujudkan undang-undang Agama yang mengehadkan kekuatan azan kepada beberapa angka yang ditetapkan?
Peguam Cina ini sebenarnya berani untuk mempertikaikan azan Subuh ini kerana dia sendiri tahu betapa kurangnya masyarakat Islam setempat yang solat Subuh di masjid setiap hari.Selain itu,hujahnya yang mengatakan bahawa hak seseorang individu untuk tinggal secara aman dan tenteram dalam premisnya sendiri adalah selari dengan Hak Asasi Manusia.Oleh itu,azan Subuh dianggap sebagai satu elemen yang bersifat bertentangan dengan hak asasi manusia.Jika isu bising azan yang menjadi asas kepada hak peguam tersebut untuk hidup tenteram,mengapa memilih untuk tinggal di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur?Mengapa tidak tinggal di dalam gua ataupun dalam hutan simpan Bukit Nanas?
Jika bising itu mengganggu hak asasi manusia di kawasan Pantai Dalam,perlulah diharamkan sama sekali mana-mana kereta untuk dipandu bagi mengurangkan kesesakan dan bunyi bising kenderaan di sana. Malah,seperti mana yang kita ketahui,kawasan berkepadatan penduduk seperti kawasan tersebut sentiasa sesak 24 jam 7 hari seminggu.Adakah perkara sebegini dianggap sebagai tidak mengganggu hak asasi seseorang individu?Jika kita hendak melakukan sentimen agama secara melulu,masyarakat Muslim juga ada sebab untuk marah kepada penganut agama lain.
Jika boleh,penulis mahu kerajaan Malaysia mengharamkan perhimpunan penganut Kristian di Jalan Berhala Brickfields kerana perhimpunan tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak.Jika boleh,penulis mahu kerajaan halang penganut Hindu berhimpun di Kuil berhampiran Angkasapuri kerana ianya menyebabkan kesesakan di susur keluar ke arah Bangsar.
Tetapi,kerana kita hidup dalam kepelbagaian,hormatilah hak orang lain sekiranya anda ingin dihormati. Sumber
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nite: Kah..kah..kah..kah.. Mana perginya blogger umno yang memperjuangkan islam sangat? Kah..kah..kah..kah.. Mana perginya penyokong umno yang kononnya benci dengan cina? Mana perginya PERKASA yang songkoknya tinggi sedepa? Kah..kah..kah..kah.. Semua takut dengan cina MCA ka? Kah..kah..kah..kah.. Takut la tu kan... Utusan takde keluar.. tv3 suku pun tak ada keluar.. kenapa? Melayu umno semua takut dengan cina MCA ke? Nampak tak.. melayu umno semua sanggup dikudakan cina MCA... Sehingga agama sendiri dipertikaikan pun semua dok senyap sunyi jer apa cerita? Nampak tak.. tiada seorang melayu umno pun yang berani bersuara... Kah..kah..kah..kah..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BLOGGER UMNO, PENYOKONG UMNO DAN PERKASA TAKUT DENGAN CINA MCA
from !! BUJANG SUSAH !!
Nite: Kah..kah..kah..kah.. Mana perginya blogger umno yang memperjuangkan islam sangat? Kah..kah..kah..kah.. Mana perginya penyokong umno yang kononnya benci dengan cina? Mana perginya PERKASA yang songkoknya tinggi sedepa? Kah..kah..kah..kah.. Semua takut dengan cina MCA ka? Kah..kah..kah..kah.. Takut la tu kan... Utusan takde keluar.. tv3 suku pun tak ada keluar.. kenapa? Melayu umno semua takut dengan cina MCA ke? Nampak tak.. melayu umno semua sanggup dikudakan cina MCA... Sehingga agama sendiri dipertikaikan pun semua dok senyap sunyi jer apa cerita? Nampak tak.. tiada seorang melayu umno pun yang berani bersuara... Kah..kah..kah..kah..