from SelangorKini Online
SHAH ALAM, 13 Jan – Tindakan mendakwa Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Mohd Zaki Othman atas kesalahan rasuah tidak mencukupi, kerana bagi Azan Ismail syarikat GLC itu perlu mengutamakan kerugian sebenar RM 1.6 bilion.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menyifatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) cuba mengaburi mata rakyat dengan mengambail tindakan terhadap beberapa kerat pegawai sebagai ‘kambing hitam’ dan mendakwa mereka terlibat dengan rasuah sedangkan kerugian yang dialami lebih dari apa yang sepatutnya.
“Kalau betul nak selesaikan isu kerugian atau kehilangan dana Sime Darby dekat RM2 bilion, kita dah minta buat pemeriksaan. Kalau dikemukakan audit secara forensik saya pun sanggup buat, bukan susah. Daripada situ kita dapat lihat kemana kerugian itu pergi. Tetapi kerajaan BN tidak sanggup kerana itu akan menunjukkan satu bilangan besar yang berkaitan”
“Secara logiknya semasa operasi sedang berjalan tak kan lah CEO atau mana-mana orang yang menjaga kepentingan Sime Darby membiarkan kerugian sampai 2 bilion? Biasanya dalam sektor koprat, kerugian 100 ribu tu dianggap kerugian yang besar. Kecuali ada satu agenda khusus yang dijalankan dan dinaungi oleh orang teratas,” jelasnya kepada Selangorkini.
Tambahnya lagi, tidak ada alasan bagi pihak Sime darby untuk mencari punca kerugian sedangkan mereka mempunyai pakar di dalam pelbagai bidang bagi meneliti masalah tersebut.
Beliau berkata, hanya satu sebab yang menjadi punca kerugian yang dialami oleh Sime Darby iaitu gejala rasuah yang dilakukan oleh pihak atasan.
Ditanya oleh Tv Selangor adakah wajar ditubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat perkara ini, beliau menyatakan kebimbangan mengenai kewibawaan suruhanjaya yang ada di Malaysia tidak telus dalam menyiasat sesuatu perkara, sambil memberi contoh kepada kes Teoh Beng Hock yang dilihat tidak memberi gambaran baik terhadap institusi suruhanjaya.
“Suruhanjaya ini digelakkan orang. kerana hasilnya jadi macam tu. hakikatnya sekarang BN tak payah lah buat suruhanjaya, memang dia menipu dan memang mereka telah bersekongkol. saya berana kata ini implikasi kerja BN. mereka mesti bertanggungjawab terhadap rakyat,” katanya.