Hari ini diberitakan di BH bahawa Chua Soi Lek, ahli politik merangkap Presiden MCA yang juga terkenal sebagai "pelakon" VCD/DVD yang menayangkan aksi pornonya mengingatkan kaum Cina khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor agar membuat pertimbangan mendalam tentang implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan PAS.
Kata Soi Lek, “PAS tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya PAS yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik. Oleh demikian, setiap kali kita membangkitkan perkara ini bukan untuk menakutkan kaum Cina seperti yang pembangkang dakwa, sebaliknya meminta mereka memberi pertimbangan mendalam impliksinya.” Kata-kata berbelit-belit ini diucapkan ketika sidang media selepas menyampaikan sumbangan dan bantuan termasuk angpow kepada 900 warga tua anjuran MCA Bahagian Kuantan.
Kata Soi Lek, “PAS tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya PAS yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik. Oleh demikian, setiap kali kita membangkitkan perkara ini bukan untuk menakutkan kaum Cina seperti yang pembangkang dakwa, sebaliknya meminta mereka memberi pertimbangan mendalam impliksinya.” Kata-kata berbelit-belit ini diucapkan ketika sidang media selepas menyampaikan sumbangan dan bantuan termasuk angpow kepada 900 warga tua anjuran MCA Bahagian Kuantan.
Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star dengan memberikan tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”. Hari ini Chua Soi Lek sekali lagi mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan meminta orang Cina memikirkan implikasi negara Islam kepada kaum itu. Kata Soi Lek, dia mengungkit hal ini bukan untuk menakutkan orang Cina, sudah jelas lagi bersuluh dia membangkitkan hal ini untuk menakut-nakutkan orang Cina dengan dakyah palsu tentang negara Islam.
Kita wajar bertanya kepada Soi Lek: Apa implikasi negara Islam kepada orang Cina? Chua Soi Lek membangkitkan isu ini, maka sewajarnya dia menjawab persoalan yang ditimbulkannya. Jika tidak, maka jelaslah Chua Soi Lek tidak bertanggungjawab, malah berniat jahat untuk mencetuskan ketidakpuasan hati, kebencian, kebimbangan orang bukan Melayu khususnya orang Cina. Walhal umum tahu bahawa negara Islam memberikan keadilan kepada rakyat berbilang bangsa. Malah hukum Islam yang dijadikan kambing hitam untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam hanya diperuntukkan untuk orang Islam. Jadi, Soi Lek tidak perlulah bimbang tentang hukuman rejam bagi penzina!
Menjawab tuduhan melulu Chua Soi Lek bahawa negara Islam tidak progresif, korup, dan miskin semasa konvensyen MCA tersebut, Lim Guan Eng seperti dipautkan oleh DUNIACACAMARBA menyatakan bahawa sejarah telah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir yang baik, menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang. Katanya, “Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbirkan dengan integriti dan melaksanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kuku besi dan mengamalkan rasuah. Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China.”
Sudah beberapa kali Soi Lek menyentuh tentang isu ini, yang menjawab dan mempertahankan hal ini bukan UMCO, tetapi pemimpin Pakatan. Ironinya, antara orang yang berhujah membantah kenyataan Soi Lek dahulu ialah Lim Guan Eng bukannya Najib atau Muhyiddin, jauh sekali Samy Vellu atau pemimpin parti komponen yang lain. Kali ini, siapa yang mahu menjawab persoalan yang tidak bertanggungjawab Chua Soi Lek? Najib dan pemimpin UMCO? Jurublog pro-UMCO?/www.duniacacamarba.blogspot.com
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
from DUNIACACAMARBA by Tayadih Maysia