Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 9, 2011

Selangor tidak keluar arahan tutup Kuil Sivan (Video DiDalam)


PETALING JAYA, 8 Feb – Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak pernah mengeluarkan arahan penutupan Kuil Sivan yang terletak di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Tetapi ia adalah arahan daripada pihak pentadbiran kuil itu sendiri di sebabkan struktur tanah di situ tidak stabil.
Bercakap kepada media selepas mesyuarat bersama antara pihak pentadbiran Kuil Sivan, wakil MBPJ dan kerajaan negeri, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jeyakumar berkata, kesemua pihak sememangnya bekerjasama sejak awal lagi bagi menyelesaikan isu ini.

Kuil Sivan diperingkat ubah suai
“Macam yang pihak kuil kata, penutupan kuil ini bukan daripada pihak kerajaan tetapi dari kuil itu sendiri sebab mereka hendak jaga keselamatan penganut-penganut yang akan datang ke kawasan ini.
“Walau bagaimanapun (upacara) perayaan dan proses keagamaan diteruskan sama ada setiap hari atau tiga kali seminggu kerana ada orang-orang yang dipertanggungjawabkan di dalam kuil itu,” jelas Dr Xavier.
Kata beliau, tindakan penutupan oleh pihak kuil didapati perlu memandangkan wujudnya unsur-unsur yang boleh membahayakan para pengunjung sekiranya dibuka kepada awam.
Tambah beliau, tindakkan ini disahkan agensi pemantau kesan alam sekitar, Ikram Engineering Services Sdn Bhd yang dilantik pihak kuil bagi memantau kesan pembinaan kuil tersebut terhadap kawasan persekitaran kuil.

Penutupan ini daripada pihak kuil atas faktor-faktor keselamatan
Beliau juga menjelaskan, kerajaan negeri dalam mesyuarat sebelumnya pada 28 Ogos 2009, telahpun bersetuju untuk mewartakan semula tanah tersebut kepada kuil dengan syarat pihak kuil mengambil tindakan membaik pulih dan menyelenggara kawasan cerun supaya berada dalam keadaan baik.
“Saya minta kerjasama semua pihak, kita mulakan proses untuk menyiapkan pembinaan kuil ini walaupun agak lewat,” kata beliau lagi.
Dr Xavier seterusnya menjelaskan, tanah tersebut pada masa ini terletak di dalam kawasan Lingkaran Hijau Lembah Klang, maka tanah itu perlu dinyahwartakan daripada tanah hutan simpanan kerajaan.
Kata beliau, hanya selepas itu, tanah tersebut boleh diwartakan semula oleh kerajaan negeri kepada sama ada pihak pentadbiran kuil ataupun atau atas nama kuil itu sendiri dan proses ini boleh memakan masa sehingga dua tahun.

Struktur tanah yang tidak stabil, menyebabkan berlakunya runtuhan tanah di kawasan curam
Katanya lagi, tindakan Penasihat Undang-undang Hindraf, P Uthayakumar dan Adun Kota Alam Shah, M Manoharan meminta kerajaan menyelesaikan isu pewartaan dalam masa 30 hari seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini langsung tidak masuk akal.
“Dua-dua orang itu pun peguam, bukan orang baru, dia kena faham… kes mahkamah bukannya selesai dalam masa 30 hari,” kata beliau lagi. - SelangorKini Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular