Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 7, 2011

Menteri Besar Bagi Tugas Pertama Kepada Khusrin

by Khalid Ibrahim on Monday, February 7, 2011 at 6:27pm

 

YAB Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah  mengadakan pertemuan dengan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi  di pejabatnya di Tingkat 21, pada jam 5pm hari ini.

Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa DYMM Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Negeri, pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.

Dalam pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

Tan Sri Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Seterusnya, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada Kerajaan Negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha Kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

Dikeluarkan Oleh:
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular