Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 10, 2011

1Malaysia makin terserlah gimik BN tipu rakyat.

Harakahdaily   
PARIT BUNTAR, 10 Feb: Slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Najib Razak kini semakin terserlah sekadar kosmetik yang merupakan gimik Umno BN untuk menipu rakyat.
“Begitulah perumpamaan yang selayaknya diberi kepada idea pemimpin tertinggi BN berdasarkan pendekatan kerajaan kepada seluruh rakyat,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Beliau memberi respons demikian terhadap perkembangan terkini negara yang kononnya dikatakan amat harmoni dari aspek hubungan antara kaum dengan pengenalan slogan hikmat BN tersebut.
"Mana-mana negara pun akan diperhati oleh orang luar, itulah antara peranan duta negara luar berada di sesebuah negara itu, Malaysia tidak terkecuali, tapi BN tidak ambil peduli isu ini, mereka hanya sibuk cari salah parti lawan dan kumpul duit poket melalui rakyat, berbanding usaha menaikkan imej negara," katanya.
Beliau yang juga AdunTiti Serong mengulas artikel mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang mengkritik prestasi hubungan antara kaum di Malaysia sejak Najib menerajui negara selepas Tuan Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Di dalam ulasan, bekas duta  itu telah mengemukakan 5 isu yang berat yang berlaku di hadapan mata Perdana Menteri sendiri yang sepatutnya diambil berat dengan mengambil langkah memurnikan semula isu tersebut, tetapi sebaliknya berlaku.
Menurut Khalil lagi, slogan 1Malaysia terbukti lagi kosmetik dengan pendedahan demi pendedahan oleh MP Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Katanya, isu pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta adalah gambaran bagaimana 1Malaysia hanya gimik sahaja.
"Adakah jejambat tersebut diperlukan oleh rakyat pada masa ini?” soalnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Katanya, wang rakyat sudah tidak ada harga lagi di mata pemimpin BN, sewenang-wenangnya dibazirkan sedangkan dalam masa sama pelajar miskin tiada wang saku untuk belanja mengalas perut di sekolah.
Jelasnya lagi, setelah diselidik tentang beban hutang rakyat, menurut laporan yang diperolehi Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali didapati hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia dan adalah suatu yang perlu kepada perhatian serius.
“BN telah gagal untuk ke sekian kalinya dalam menjaga kebajikan rakyat dan kini rakyat semakin hilang kuasa membeli kesan hutang yang membebankan,” ujarnya.
Pakatan Rakyat, ujarnya mengemukakan jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat tetapi pelan pengurangan beban itulah yang selalu diperkecil serta dipersenda oleh pimpinan BN.
“Persoalannya sampai bilakah BN mahu terus menipu rakyat dengan cukai yang melampau setiap kali membeli kereta berkuasa kecil dengan harga RM40,000 dan RM16,000 cukai khusus buat kerajaan?
“Adakah ini 1Malaysia yang dimaksudkan?
“Rakyat perlu bertindak menghentikan perbuatan BN yang jijik ini,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular