Kenyataan Akhbar
MAJLIS DIALOG ANTARA AGAMA MEMBINCANGKAN ISU ARAK, JUDI DAN ZINA
Saya mengikuti dengan dekat isu larangan terhadap orang Islam untuk bekerja di premis-premis arak di Selangor seperti yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini. Di dalam hal ini secara asasnya saya berpendapat bahawa orang-orang Islam sewajarnya tidak dibenarkan untuk bekerja di premis-premis sedemikian yang jelas menyediakan makanan / minuman diharamkan oleh Allah SWT.
Di dalam masa yang sama, saya ingin mencadangkan mana-mana badan bebas mengadakan satu pertemuan di antara tokoh agama-agama utama di Malaysia khusus bagi membuat rumusan berkenaan pandangan agama-agama berkenaan mengenai judi, arak dan juga zina termasuklah pergaulan bebas. Ini bagi memberikan gambaran kepada masyarakat Malaysia bahawa bukan hanya Islam yang mengharamkan ketiga-ketiga perkara tersebut.
(Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
KOTA BHARU.
Bertarikh: 12 Safar 1432H/17 Januari 2011M
from Kerabu Bersuara