Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 16, 2011

KERAJAAN LABUR RM2 JUTA UNTUK SATU PELUANG PEKERJAAN?



Akan bertanya rakyat apakah dengan RM67 bilion pelaburan, hanya menghasilkan 35,000 peluang pekerjaan. Ini bermakna setiap peluang pekerjaan itu tercipta dengan kos RM2 juta. Maka apa yang dikatakan oleh pemimpin yang saya selalu kurang setuju, iaitu Lim Guan Eng bahawa ini menunjukkan berlaku banyak ketirisan dalam penyaluran peruntukan pelaburan itu ada betulnya!

Itu belum lagi rakyat bertanya, daripada jumlah pekerjaan yang dikatakan akan tercipta itu, pekerjaan jenis apa atau katogeri apakah yang akan boleh dimiliki rakyat? Apakah tidak mustahil oleh kerana pelaburan ini turut melibatkan syarikat antarabangsa, rakyat akan bersaing dengan tenaga kerja asing dalam mendapatkan pekerjaan itu nanti?

Persoalan seterusnya ialah, bila sebenarnya peluang pekerjaan itu menjadi realiti? Adakah ia masih di atas kertas dan menunggu siswazah yang menganggur kini bertahun-tahun lagi untuk memohon dan menjawatnya?

Sebenarnya Program Tranformasi Ekonomi ini banyak kelemahannya. Tidak tahulah rakyat yang tidak pandai ini apakah ia hanya semata-mata kerana politik. Tetapi jika semua ini hanya kerana meraih keuntungan politik, nampaklah sangat...

Kalau hanya mampu membuka peluang pekerjaan sebanyak 35,000 bagi sebuah program ekonomi yang bersifat raksaksa atau super, rasanya ada baiknya kerajaan menumpukan perhatian pada program pertanian. Misalnya tumpukan kepada pekerjaan dalam sektor penorehan getah atau penanaman padi untuk beras atau penanaman kelapa untuk minyak masak dan santan. Barang tentu puluhan malah ratusan ribu peluang pekerjaan boleh dicipta! Lagipun pelaburan menerusi ETP  itu amat besar dan tidak berbaloi dengan jumlah pekerjaan yang ditawarkan.

Maaf ya kerajaan. Rakyat yang tak pandai ini nak menegur. Ampunlah kalau tersilap tegur ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular