Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 23, 2011

Fitnah 'Zina' Cikgu Mala, Perang Psikologi Bermula


LABIS, 23 Jan - “Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan, sedangkan mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali."
Normala Sudirman, calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang menegaskan dakwaan 'zina' yang dilempar terhadapnya langsung tidak berasas sama sekali.
Katanya, isu fitnah dan provokasi merupakan perang psikologi dan ianya perkara biasa berlaku dalam PRK sebelum ini. Dakwaan itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.
Semalam, satu dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.
Memetik pemilik akaun sosial itu dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa, bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.
“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” ulas beliau lanjut.
Dalam perkembangan yang sama, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, calonparti itu melalui proses yang ketat sebelum dipilih mewakili parti.
"Ini fitnah semata-mata. Mungkin orang itu langsung tidak ada isu nak dibawa maka cerita yang tidak munasabah seperti ini pun ditabur,
"Dalam PAS, calon ditapis oleh Majlis Syura Ulama yang mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan seorang calon itu layak atau tidak," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular