Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 17, 2011

BIO - NORMALA SUDIRMAN




Berita terkini diterima, suaminya menerima arahan pindah 24 jam ke Johor Bahru.

shamsuliskandar profile
shamsuliskandar Maklumat dr Tenang: Calon seorg guru wanita, Normala Sudirman. Suaminya juga guru di Tenang/Labis diarahkan tukar ke JB dgn notis 24 jam #fb 9 minutes ago · reply


LABIS, 16 Jan: 


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita39/normala.JPGcalon PAS yang dianggap mewakili golongan muda itu menyuatakan rasa terharu kerana telah dipilih sebagai calon dan berkata pemilihannya bukan  milik beliau.


Katanya, ia adalah pengharaggan PAS kepada golongan wanita seluruh negara


(Gambar - Normala - tengah, di apit oleh Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh dan Wnita DAP Chong Eng)


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan nama Normala berkata, PAS memilih beliau kerana, beliau tidak meminta menjadi calon.
Kata Ustaz Hadi, PAS memilih Normala kerana beliau adalah seorang yang aktif dan meletakkan jawatan sebelum piloihanraya DUN Tenang.



Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
FAKTA DUN TENANG

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada UMNO. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 22 Januari 2011

Tarikh Pilihan Raya: 30 Januari 2011

Fakta Berkaitan DUN Tenang

Pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 (PRU 12).

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Demografi Pengundi DUN Tenang


Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

14,753 pengundi berdaftar.
14,735 pengundi biasa.
18 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

Melayu 47.54%
Cina 39.08%
India 12.07%
Orang Asli 1.16%
Bumiputera Sabah 0.04%
Bumiputera Sarawak 0.03%
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular