Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 8, 2011

Propaganda Jahat UMNO


KUALA TERENGGANU - Sekurang-kurangnya dua sebab mengapa Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu menyebarkan risalah propaganda dimerata tempat sehingga menyusahkan orang ramai khususnya para peniaga di bandaraya ini.

Dua minggu lalu, ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang sedang memuncak, Umno-BN Terengganu telah menyebarkan risalah tidak bertulisan tetapi meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bersebelahan dengan gambar Penasihat DAP, Yang Berhormat Lim Kit Siang.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, tindakan menampal 'gambar' tersebut di dinding dan pintu rumah serta kedai sekitar Kampung Cina disini, telah menimbulkan kemarahan para peniaga.ka DAP dan PAS

"Mereka (peniaga) menelefon saya, marah-marah kerana sangkaan mereka DAP dan PAS yang menyebarkan gambar itu, saya jawab tidak, bukan DAP dan bukan juga PAS yang melakukan kerja tersebut,"katanya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik mengesahkan, Umno-BN Terengganu dikesan sekali lagi menyebarkan risalah 'adu domba' yang bertulis 'DAP ganti PAS'.

Katanya, Umno-BN bertindak menyebarkan risalah-risalah tersebut kerana tertekan akibat kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang telah mendapat sambutan puluhan ribu rakyat Terengganu.

"Saya mendapat maklumat gerakan yang sedang dibuat oleh Umno, saya nampak sekurang-kurangnya dua latar belakang yang menjadi dia(Umno-BN) membuat(menyebarkan risalah) ini,

"yang pertama kerana terakhir sekali kita membuat kempen 'Pas Ganti Umno' (PGU) bermula daripada (program) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Pusat di Shah Alam. sampai(sehingga) apabila kita adakan(anjurkan) di Terengganu,"jelasnya ketika ditemui.

Menurutnya, beberapa siri himpunan telah dirancang dan dianjurkan PAS jelas menunjukkan kebangkitan rakyat yang menunjukkan sikap mereka dengan jelas.

"Rakyat sudah memberi  kepercayaan(kepada PAS) dan mula menunjukan sikap mereka secara yang jelas(terbuka) apabila jumlah mereka(yang hadir) sangat ramai. 

"Puluhan ribu orang samada mereka dalam program-program yang khusus untuk 'Pas Ganti Umno' (PGU) atau program yang sekitar(berkaitan),"katanya kepada pihak media selepas program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Batu Rakit disini semalam, Sabtu 5 Februari.

Pelancaran jentera pilihanraya bagi DUN yang ke 12 tersebut telah dirasmikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan dihadiri oleh 300 orang petugas tegar DUN Baru Rakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular