Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 10, 2011

Pakatan bawa isu komisen 870 peratus ke Parlimen



“Pertahanan negara jadi alasan pimpinan Umno BN untuk memunggah harta rakyat dan diagih sesama kroni mereka. Kalau untuk membantu rakyat, mereka kata subsidi, tetapi untuk bantu kroni kata komisyen. Tiada bezanya,” 



KUALA LUMPUR: Pembelian kapal laut yang bayarannya dikatakan 870 peratus lebih mahal berbanding negara lain, akan dibawa Pakatan Rakyat ke sidang Parlimen akan datang, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, isu berkenaan perlu dibangkitkan kerana ia adalah isu besar dan merangkumi kepentingan rakyat.

“Kita akan bangkitkan pada sidang Dewan Rakyat Mac depan. Kita akan terangkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas laporan muka depan Suara Keadilan keluaran lalu mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli kapal laut.
Mengikut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua mendedahkan, harga yang dibayar kerajaan Malaysia itu 870 peratus lebih tinggi berbanding negara lain.
Beliau memberi contoh, Tentera Laut Diraja New Zealand, misalnya membeli kapal peronda pesisir pantai OPVs dengan hanya NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu berbanding Malaysia yang membayar RM1 bilion setiap satu.
Tian berkata, perbuatan itu menunjukkan kerajaan Umno BN tidak serius menguruskan pertahanan negara.
“Pertahanan negara jadi alasan pimpinan Umno BN untuk memunggah harta rakyat dan diagih sesama kroni mereka. Kalau untuk membantu rakyat, mereka kata subsidi, tetapi untuk bantu kroni kata komisyen. Tiada bezanya,” katanya.
Sebaik sahaja Pakatan Rakyat menjadi kerajaan baru, beliau berkata, keutamaan akan diberi terhadap agenda untuk rakyat sepertimana yang termaktub dalam Buku Jingga. http://fun.ly/9v3l
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular