Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 10, 2011

Kenyataan Media - ’wang komisyen’ digunakan kerajaan BN unt membiayai kos menanggung pilihanraya umum ke-13 ?

Sukar Menolak Dakwaan Perolehan 6 SGPV-LCS Penuh Tandatanya


(Kenyataan akhbar ini sepatutnya di buat bersama YB Tony Pua dan YB Nurul Izzah pagi tadi di Ibu Pej DAP, KL. Atas sebab tertentu saya tidak dapat hadir). 
Mengikut seorang tokoh integriti dunia Jeremy David Pope yang juga salah seorang pengasas Transparency International, perolehan pertahanan adalah lubuk rasuah paling besar dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.
 Sekali lagi perolehan mega peralatan ketenteraan Kementerian Pertahanan mencetuskan kontroversi sementara kemelut akibat pembelian kapal selam Scorpene atas dakwaan rasuah masih belum lagi selesai. Kelulusan perbelanjaan yang menelan belanja RM6 bilion untuk memperolehi enam kapal peronda generasi kedua untuk Tentera laut Di Raja Malaysia (TLDM) kini adalah sangat dipertikaikan rakyat amnya dan para analis khususnya.
Beberapa persoalan besar perlu dijawab segera oleh Kementerian Pertahanan dan PM Najib setelah perolehan ini menginggalkan impak yang parah kepada kewangan rakyat sekaligus meningkat hutang kerajaan awam dan Kerajaan Pusat.
(i)                 Mengapakah kerajaan memberikan kontrak pembinaan dengan mengeluarkan Surat Hasrat (Letter of Intent) secara tergesa-gesa kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd?
(ii)                Mengapakah kontrak sebesar ini tidak dilakukan dengan kaedah Tender Terbuka (Open Tender) dengan specifikasi yang diperlukan ditentukan terlebih dahulu, bagi mempastikan TLDM mendapat sebutharga yang terbaik dari pelbagai pihak termasuk dari pembida internasional?
(iii)               Adalah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan sendiri bahawa BNS akan mendapat vendor-vendor untuk kerja-kerja sub-kontrakt secara tender terbuka. Ini akan menguntungkan BNS. Persoalanya ialah mengapakah kerajaan sendiri tidak melakukan sedemikian?
(iv)              Mengapakah kerajaan ghairah sangat untuk berbelanja besar dalam suasana hutang awam terus meningkat, defisit melebar dan subsidi kepada rakyat ditarik balik kerana kononnya kerajaaan tidak punya kemampuan untuk menampung subsidi ini rakyat?
(v)                Mengapa tidak diperolehi kuantiti yang lebih menasabah yakni 3 dan bukannya 6, kerana tidak timbul isu ’economy of scale’ atau discount kalau dibina lebih banyak dalam perolehan ini?
(vi)              Mengapakah harga perolehan ini dipertikaikan pelbagai pihak kerana ditanggapi sebagai tidak menasabah atau jauh lebih mahal dari perolehan negara-negara lain yang membeli model yang lebih baik dan besar dari model ini. Julat harga sememang diakui luas, dari RM100 juta sehingga RM 1 bilion mengikut specifikasi produk seperti Irish Roisin class berharga RM103m, Greek Super Vita  RM329 juta , the German Type 130 RM572 juta atau Israeli Saar V RM 780 juta.
(vii)             Mengapakah urusan perolehan tidak memasukkan sekaligus tentang tentang pakej ’Maintenance, Repair and Overhaul” termasuk hal spare parts, yang kesemua menelan belanja yang mahal dan apakah ianya dilupakan juga sekali lagi dan telah beberapa kali dipertikaikan tentang kesemua pembelian mega seperti ini termasuk keretapi-keretapi KTMB.
(viii)           Betulkah pengkritik tidak adil kerana tidak membandingkan produk yang sama dan bagaimanakah hendak ditentukan dakwaan ini salah semacam membanding apel dan oren, sekiranya specifikasi tidak didedahkan pihak TLDM?
(ix)              Apakah ia adalah peronda peisisir untuk patrol dan pemantauan sahaja ataukah untuk perang atau kombat tidak diketahui umum. Didakwa hari ini bahawa ia adalah Littoral Combat Ships (LCS) bermakna bukan hanya untuk pemantauan atau surveillance.
(x)                Mengapakah kerajaan dibawah PM Najib masih enggan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Parlimen khas untuk melakukan penyaringan wajib atas perolehan besar ketenteraan atau selainnya di mana ia melibatkan perbelanjaan lebih RM 100 juta seperti yang dilakukan oleh semua negara maju seperti di Amerika Syarikat atau United Kingdom seperti yang disyorkan oleh Jeremy David Pope semasa menjadi konsultan kepada kerajaan dahulu dan anjuran ’best practice’ yang dimajukan oleh Transparency International kini? Termasuk dalam bidang kerja JK seperti ini juga boleh dilebarkan kepada bertanggungjawab tentang bagaimana perolehan tersebut adalah dalam kerangka strategik dan keperluan negara.
Sekali lagi kerajaan BN di bawah Najib mesti lebih bertanggungjawab atas perolehan sebesar ini. Belum lagi isu tentang harga pembelian 38 EMU tren 6-koc untuk KMTB dari South China Locomotive secara terus, yang menelan belanja RM500 juta lebih mahal dari harga sebutharga selesai disiasat oleh SPRM dan juga dakwaan rasuah terhadap pembelian kapal selam Scorpene masih lagi dalam Mahkamah di Perancis, apakah perolehan 6 kapal peronda pesisir pantai generasi kedua ini juga akan berakhir dengan nasib yang sama?
Amat keterlaluan, andainya ada yang menuduh bahawa segala kesegeraan ini, bukahlah kerana negara berada di ambang perang, tetapi di ambang pilihanraya. Namun adalah amat sukar untuk kami menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa segala ’urgency’ dan kesegeraan ini adalah untuk ’wang komisyen’ digunakan kerajaan BN membiayai kos menanggung pilihanraya umum ke-13 yang dikatakan berkemungkinan besar diadakan tahun 2011 ini juga.
 Dr Dzulkefly Ahmad,
Ahli Parlimen Kuala Selangor.
10 Februari 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular