Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 7, 2011

Mufti Pahang Komen Isu DEBAT..



Di dalam laporan Sinar Harian, menurutnya, cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu adalah melaluimajlis syura atau bermesyuarat kerana ia lebih baik daripada berdebat sehingga mengaibkan pihak yang kalah. [Sinar Harian]


Apa pun, debat yang dimaksudkan oleh mufti Pahang di sini adalah berkenaan isu akidah dan Islam, dan ia jelas sekali berbeza dengan pelawaan atau cabaran debat kepada Najib tentang isu ekonomni yang dilihatbegitu penting untuk penilaian rakyat terhadap perancangan ekonomi kedua-dua tokoh pemimpin itu.

Hassan Al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir juga meninggalkan wasiat kepada umat Islam, antaranyajanganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna [Muslim Portal].

Sebelum ini akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang kurang tepat berhubung isu ini, dengan mengatakanTuan Guru Nik Aziz sedia berdebat dengan Ulama UMNO Mad Noor Deris, sebaliknya pejabat Menteri Besar sendiri menafikan dakwaan itu, melalui akhbar rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS. Tuan Guru Nik Aziz bagaimanapun setuju untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan bersama Majlis Fatwa. [Harakahdaily]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular