Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 6, 2011

Ketua Cawangan Umno Silam hentam Umno


Aku sekarang berada di Lahad Datu Sabah sejak 1 Feb lagi. Aku kesini atas tugas rasmi syarikat , bukan nak mai makan dengan ketua-ketua cawangan umno ni.

Kebetulan, seorang pengikut dan penyumbang artikel di Mimpi Senja ni berasal dari Lahad Datu. Dah bila aku dah di LD ni, ambil lah kesempatan tuk jumpa dia. Tak tau pula aku rupa-rupanya dia adalah seorang ahli umno ...tak pa, biarlah, itu hak dia ... tapi artikel-artikel yang pernah dihantar beliau semuanya menghentam umno ... hahaha

Hari khamis lalu dia ajak aku makan tengahri, bersama seorang lagi kawannya. Dalam perjalanan baru dia cakap, yang orang yang nak kami jumpa ni seorang ketua umno cawangan. Sesampai di restoran, aku dapati ketua umno ini dengan isterinya, yang katanya baru lepas miting. Si isteri siap dengan baju kebaya 1Malaysia ... tak pa pi lah bukan dia kacau aku. Walau apa pun aku dah dapat makan 'free'.

Masa makan kami hanya bercerita bab pernigaan, tapi bila lepas makan cerita dah bertukar ke bab politik ... macam-macam dia cerita ... macam-macam diluahkan ketidakpuasan nya pada Umno ... hahaha, aku dengar saja.

Selepas balik ke hotel, ingin sangat aku ceritakan di sini apa yang telah ketua cawangan ini menghentam partinya sendiri ... tapi tunggu dulu, aku perlu dapat cerita lagi ...

Hari ini - Sabtu - kami bertemu lagi. kali ini bukan satu tapi 3 orang ketua cawangan duduk semeja dengan aku bersama sahabat aku tu untuk meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap UMNO ..

Antara yang masih tak dapat aku lupa ... "encik tengok lah pada pilihanraya yang lalu? ... PKR yang tidak punya cawangan di sini, tidak pernah adakan sebarang ceramah atau kempen, malah tidak ada kenderaan pun yang mengangkut pengundi ke tempat mengundi, boleh mendapat hampir 5000 undi .... kenapa? Kerana rakyat dah bencikan UMNO"

"Wakil rakyat tidak pernah mengambil kisah tentang kami. Dia hanya datang semasa hendak mengundi, selepas mendapat undi rakyat mereka pun hilang"

"Sudah 20 tahun saya menjadi ketua cawangan, sejak 1991. Kami dulu dari dari Usno. Bila umno masuk Sabah pada 1991, kami secara otomatis menjadi ahli Umno ... apa kami dapat? Tidak dapat apa-apa. Sebagai ketua cawangan pun tidak dapat apa-apa, tambahan lagi lah sebagai ahli biasa, atau rakyat biasa."
Sekarang kami hanya menunggu PRU13 ...

Tapi bila aku terbaca pula tadi Ketua PKR Sabah keluar parti ... aku jadi pening ... tak tau siapa yang betul ...???

Esok aku nak jumpa depa lagi, insyaallah akan aku korek lebih dalam lagi ... Nite

[Executive Hotel Lahad Datu -1.26am 6/2/11]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular